ANAK Tun Dr Mahathir Mohammad pula melahirkan rasa bimbang dengan kenaikan kos sara hidup rakyat di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, sekaligus membayangkan kerusi perdana menteri seakan digoncang lagi secara senyap.
Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pendekatan 'betul tapi tak popular' Najib boleh mengakibatkan Umno BN tumbang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.
"Saya bimbang kalau hanya fikir dasar yang baik dan betul saja dengan ketepikan terus soal populariti, maka akhirnya dalam PRU akan datang, walaupun kita buat perkara yang betul, tetapi disebabkan persepsi rakyat sudah begitu, kita akan kecundang.
"Ketika itu, tiada apa yang boleh dilakukan kerana nasi sudah menjadi bubur," kata calon Naib Presiden Umno itu, dipetik hari ini di The Malaysian Insider.
Mukhriz berkata demikian semasa banyak pihak giat mengecam Najib ekoran kontroversi isu 'harga kangkung turun' walaupun kos data hidup rakyat naik sedang meledak di laman sosial Facebook dan Twitter.
Terdahulu, dikatakan, Kadir Jasin 'peluru mula' Mahathir ke kepala Najib, Rosmah?
No comments:
Post a Comment