09 January 2014

Melancong ke Jepun tanpa visa mulai 1 Julai - Guan Eng



WARGANEGARA yang mahu melancong ke Jepun tidak perlu lagi memohon visa mulai 1 Julai, sebaliknya cukup membawa kad pengenalan MyKad sempena menyambut ulang tahun ke-40 penubuhan ASEAN yang menjalinkan hubungan harmoni Malaysia dengan negara matahari terbit itu.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng yang menyertai Hari Ulang Tahun Ke-80 Maharaja Jepun, Akihoto pada 23 Disember lepas berkata, beliau berharap hubungan Malaysia dengan negara matahari terbit itu kian akrab sebagaimana suburnya pokok yang pernah ditanam oleh maharaja berkenaan semasa melawat Padang Kota Lama pada tahun 1970, sekarang.

“Pokok itu telah berkembang dengan baik dan telah menjadi simbol hubungan antara Pulau Pinang dan Jepun," katanya didepan hampir 300 diplomat yang menjadi tetamu Maharaja Jepun itu.

Sebelum itu, Konsul Besar Jepun, Ryuji Noda berkata, rakyat Malaysia direkodkan ramai melawat ke Jepun pada tahun 2013, hatta, mendorong kerajaan negara itu menyediakan surau untuk warganegara yang rata-rata beragama Islam.

Beliau berkata, sehingga Disember 2013, katanya, seramai 12,000 warganegara direkodkan melawat negara itu.

Jumlah itu, katanya lagi, menunjukkan pertambahan 30 peratus berbanding rekod kemasukan warganegara Malaysia ke Jepun pada tahun 2012.

Tambah beliau, Hokkaido merupakan antara destinasi pelancongan tumpuan pelancong Malaysia, terutama mereka yang mahu menikmati pengalaman bermain ski.

"Peningkatan pelawat Malaysia telah mendorong kerajaan Jepun untuk menubuhkan surau di lapangan terbang dan menggalakkan restoran untuk menghidangkan makanan halal.

“Langkah sedemikian juga akan baik untuk pelawat Indonesia dan Timur Tengah ke Jepun, " katanya.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus