SATU laporan polis dibuat tengah malam tadi berhubung ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon menerima ugutan bunuh menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).
Pegawainya, Mohd. Ikhwan Nasser Mohamad Isa (gambar) memberitahu, ugutan itu mungkin sebagai reaksi pada flash mob "I love Kangkung" Khai Loon di tapak pasar malam Alma, Rabu lepas.
"Ahad lepas, penyokong Umno yang diketuai Datuk Musa Sheikh Fadzir (Setiausaha Umno Pulau Pinang) menyerang Pusat Khidmat Rakyat Machang Bubuk, hari yang sama (19 Januari) Khai Loon dapat SMS ugut bunuh ini.
"Kita buat laporan polis atas faktor keselamatan ADUN serta keluarga beliau," ujar Mohd. Ikhwan Nasser semasa ditemui di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah dekat Bandar Perda, Seberang Jaya.
Beliau yang juga Timbalan Setiausaha AMK Pulau Pinang berkata, sayap kanan parti itu berharap polis segera menyiasat kes itu tanpa mengira sentimen kepartian memerintah.
Sementara itu, Ketua AMK Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin, Faris Muda (Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia) hatta Khai Loon (Ketua Penerangan AMK Malaysia) sendiri masing-masing mengecam aksi liar penyokong Umno terbabit menyerang seorang Cina dalam satu demontrasi balasan di Pejabat ADUN Machang Bubuk pada hari kejadian.
Manakala, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar dalam dari reaksi spontan semalam berkata, 'flashmob kangkung lebih baik daripada senaman punggung penyokong Umno'.
Mampukah penyokong Umno menyemarakkan isu 'I love kangkung' ini demi menenggelamkan isu sebenar, iaitu kenaikan kos sara hidup rakyat?
No comments:
Post a Comment