14 December 2013

Syiah: Tak gentar Zahid umpan Mat Sabu?

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa tidak gentar mungkin demi mengumpan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (Mat Sabu) supaya bertindak memfailkan saman fitnah.

"Saya tahu kebenaran mengenai pendedahan ini (Syiah). Mat Sabu juga tahu kebenarannya dan begitu juga dengan pemimpin Pas yang lain.

"Kita ada bukti dan saya tidak sedikit pun gentar dengan ugutan Mat Sabu mahu menyaman saya serta Kementerian Dalam Negeri. Saya bersedia untuk jumpa Mat Sabu di mahkamah.

"Sebab itu saya harap Mat Sabu tidak termasuk dalam golongan mereka yang bertaqiyyah meskipun memang itu sikap penganut Syiah," katanya ketika dihubungi  Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baca analisis Dr. Zulkarnain Luqman berjudul Jika Mat Sabu Saman Zahid Hamidi untuk mengetahui motif di sebalik tindak tanduk Menteri Umno itu.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus