27 December 2013

Setiausaha MPSP kesal anjing liar punca dua kanak-kanak nazak

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) melahirkan rasa kesal serta mengambil tindakan segera berhubung insiden dua kanak-kanak hampir maut selepas diserang sekumpulan anjing liar di Taman Cermai dekat Permatang Pauh, kelmarin.

Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamod berkata, 10 ekor anjing liar telah ditangkap dalam satu operasi sekitar jam 11.30 malam tadi di beberapa lokasi aduan.

"Walaupun dalam  situasi terdesak  dengan kebanyakan  kakitangan (atau) pekerja  yang  bercuti  pada  hujung  tahun, saya  dapat  juga  kumpulkan  satu  pasukan untuk  bertindak  segera dalam  menangani  aduan yang  dibangkitkan oleh Ahli Majlis (MPSP) Encik Abdul Jalil (Che Ros).

"Satu  pasukan  terdiri dari saya bersama Encik Zaidi Mohmad, Pembantu Veterinar, Hussain Daud, Pemandu, Letchumanan, Mohd Sofri, Sofian dan Rosdi, Pekerja-pekerja Rendah Awam telah  ke  lokasi  aduan.

"Sehingga jam 11.30 malam, sebanyak 10  ekor  anjing  terbiar  yang  berkeliaran  waktu  malam  berjaya  ditangkap dan dibawa balik pejabat.

"Anjing-anjing  ditangkap  dilokasi  Taman Cermai, Taman  Himilaya dan persekitaran Pasar Awam Samagagah, Permatang Pauh," ujar Rozali menerusi sistem pesanan ringkas (SMS), malam tadi.

Beliau berkata, pihaknya turut berbuat rakaman video serta gambar mengenai aktiviti MPSP itu sebagai rujukan pelanggan.

Dalam perkembangan sama, Rozali berkata, rekod Abdul Jalil menunjukkan bahawa pihaknya menangkap lima ekor anjing liar di taman tersebut pada 7 Disember lepas.

Bagaimanapun, katanya, MPSP melahirkan rasa kesal atas insiden yang menimpa dua kanak-kanak berkenaan.

"MPSP berasa kesal dengan kejadian ini dan akan terus membuat rondaan supaya dapat menangkap baki anjing liar yang masih berkeliaran," ujar Rozali dalam satu SMS lain, awal malam tadi.

Terdahulu, Suhail Zolkifly, 14, dan adiknya Omar Zolkifli, 11, terlibat dalam satu kemalangan di Taman Cermai selepas diserang oleh sekumpulan anjing liar.

Dua kanak-kanak berkenaan dilaporkan mengalami keretakan pada tempurung kepala serta pendarahan dalam otak masing-masing dan baru sedar dari koma di Hospital Pantai di sini.

Ayah dua kanak-kanak malang itu, Zolkifly Md. Lazim yang juga Presiden D'BM Hospital Permatang Pauh dalam satu reaksi semalam memberitahu bahawa beliau akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada beberapa pihak berwajib, termasuk MPSP pada Isnin depan.

Hubungi Zolkifly Md. Lazim 0124810074 untuk mendapat maklum balas lanjut.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus