10 December 2013

Sensitiviti gender Hon Wai 'bagus' - Chong Eng

CHONG Eng (kanan) dan Lydia Ong Kok Fooi (kiri) dalam sidang media di Dewan Jamuan DUN Pulau Pinang, George Town pada petang tadi.

MASALAH perceraian membabitkan lelaki di Pulau Pinang wajar mendorong Kerajaan Negeri memberi tumpuan pada gender itu, bukan kepada wanita sahaja.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai menasihatkan Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng supaya tidak mengabaikan lelaki semasa pelaksanaan Bajet Bertanggungjawab Gender (GRR).

"Jangan pinggirkan lelaki dalam program-program yang dilaksanakan.

"Saya meminta MMK Keluarga hendaklah memberi fokus secukupnya terhadap kaunseling untuk lelaki dan wanita supaya kadar penceraian ini di tahap yang minimum," ujar Hon Wai semasa membahaskan Bajet 2014 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dekat George Town pada petang tadi.

Hon Wai mendedahkan, kadar penceraian keseluruhan pada tahun 2011 sebanyak 4,434 kes dan 2012 (2,654 kes) dan setakat September 2013 (2,270 kes).

Beliau berkata, kadar penceraian di Mahkamah Shariah yang membabitkan pasangan Islam sahaja dicatatkan menurun, walhal, kes penceraian di Mahkamah Tinggi yang membabitkan pasangan bukan Islam adalah sebaliknya.

Hon Wai mendedahkan, kadar penceraian membabitkan pasangan bukan Islam pada tahun 2011 sebanyak 1,087 kes dan 2012 (1,303 kes) dan setakat November 2013 (1,060 kes).

Selain itu, katanya, peranan yang dimainkan oleh Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) dilihat lebih menonjol berbanding Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC), walhal lelaki juga mempunyai peranan yang sama penting dalam struktur pentadbiran Kerajaan Negeri.

Chong Eng, ADUN Padang Lalang dalam reaksi spontan berkata, beliau menyambut baik pendapat yang disampaikan oleh Hon Wai.

"GRB ini dilaksanakan bukan ekslusif untuk wanita sahaja, ini (pendapat Hon Wai) sangat bagus.

"Lelaki sendiri nampaknya ada sensitiviti gender seperti wanita," ujar beliau kepada wartawan di Dewan Jamuan di sini.

Selebihnya, Chong Eng berkata, beliau akan memberi respons penuh pada sesi penggulungan Exco yang dijangka mula pada pagi esok.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus