09 December 2013

Pembangkang tak respons Pusat lulus tiga dari 119 TP1M sahaja di P.Pinang

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo pagi tadi menasihatkan Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid supaya jujur dalam memberi gambaran terhadap Kerajaan Negeri.

Jahara, wakil rakyat Umno dinasihat demikian kerana menggambarkan Kerajaan Negeri tidak menghargai peruntukan Kerajaan Pusat di Pulau Pinang.

"Tahukah Ketua Pembangkang (Jahara) bahawa hanya tiga projek sahaja dibina (dijalankan) daripada 119 permohonan TP1M (Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia) dibuat.

"Kenapa tiada kerjasama daripada (Kerajaan Umno Barisan Nasional) Pusat, walaupun Pulau Pinang bersedia mencukupkan 10 peratus daripada kos TP1M, di bawah HAPPY! (Projek Bantuan Perumahan Pulau Pinang, Yes!)," ujar Jagdeep.

Jagdeep, wakil rakyat DAP berkata demikian semasa mencelah ucapan perbahasan Jahara, namun tiada respons khusus mengenai perkara yang dibangkitkan itu.

Berita lanjut menyusul kemudian.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus