09 December 2013

Exco Alam Sekitar perjelas isu pencemaran di Selat

World Applied Sciences Journal 23(11):  1481-1488 Tahun 2013 mendedahkan mengenai pencemaran petroleum hydrocarbon  di sepanjang Selat yang menghubungkan pulau dan Seberag Perai.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Ho Wai meminta penjelasan lanjut daripada Kerajaan Negeri, khususnya Jabatan Alam Sekitar.

"Apakah langkah-langkah yang telahpun diambil oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Kerajaan Negeri," ujar Hon Wai pada sesi perbahasan Bajet 2014 pada petang tadi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, George Town.

Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, Marine Water Quality and Standards (MWQCS) yang dikeluarkan oleh JAS pada tahun 2013 telahpun mengambil kira PHAs, tetapi, hanya untuk kualiti air marin sahaja.

"Persempelan yang dijalankan oleh JAS sehingga kini belum mengambil kira parameter Polycyclic Aromatic Hydrocarbons (PHAs).

"Oleh yang demikian, JAS akan mengambil kira PHAs dalam persempelan yang akan dijalankan selepas mengikut standard baru yang dikeluarkan," ujar Boon Poh mewakili Ketua Mentri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam mesyuarat kedua penggal pertama DUN Pulau Pinang Kali Ke-13.   

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus