17 December 2013

Dr. Afif Bahardin hargai CSR Delta Business Solutions, Lions Club of Georgetown lepas benih ikan ke Sg. Perai

AFIF Bahardin (lima dari kanan) bersama sukarelawan daripada Delta Business Solutions Sdn. Bhd. dan Lions Club of Georgetown masing-masing bersedia melepaskan anak benih ikan lampam dan udang galah ke Sungai Perai di sini baru-baru ini.

DELTA Business Solutions Sdn. Bhd. bersama-sama Lions Club of Georgetown sekali lagi menganjurkan Projek Pelepasan Benih Ikan 2013 ke Sungai Perai dengan sokongan Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) baru-baru ini.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin berkata, pihaknya menghargai insiatif kedua-dua pihak itu dalam mengumpulkan dana demi projek pemuliharaan alam sekitar termasuk usaha memulihara habitat di sungai berkenaan.

“Saya difahamkan, ini adalah projek fasa kedua selepas fasa pertama Delta Eco Night Run 2013 dianjurkan pada 30 Ogos lalu.

“Saya ingin merakamkan penghargaan atas projek CSR (tanggungjawab sosial korporat) yang dilakukan oleh Delta Business Solutions Sdn. Bhd,” ujar Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya pada majlis perasmian projek tersebut di Pengkalan Machang dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Sungai Dua baru-baru ini. 

Hampir 100 sukarelawan daripada Delta Business Solutions menyertai projek tersebut memberitahu yang diadakan serentak dengan Hari Belia & Komuniti Setempat di sini.

Nelayan dan pengusaha restoran makanan laut setempat turut menyertai pelancaran projek itu.

Mereka bersama-sama Dr. Afif Bahardin melepaskan anak benih udang galah dan ikan lampam demi menggalakan pembiakan habitat di Sungai Perai tersebut.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus