MOHD. Salleh Man (kanan) bersama-sama Zolkifly Md. Lazim di Dewan Jamuan DUN Pulau Pinang, George Town pada petang tadi. |
ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd. Salleh Man menganggap 3P yang digagaskan sebagai teras utama pembangunan negeri dalam Bajet 2004 Pulau Pinang adalah mendekati maksud konsep "Rahmat Untuk Semua" yang diucapkan oleh Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam muktamar parti masa depan itu baru-baru ini.
3P yang digagaskan adalah merancakkan pertumbuhan negeri (pro-growth), peluang-peluang pekerjaan (pro-jobs) dan menjamin keadilan sosio-ekonomi (pro-poor).
"Apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri sekarang (Bajet 2014 Pulau Pinang), saya lihat bertepatan dengan tema (ucapan Presiden) PAS baru-baru ini, iaitu 'Rahmat Seluruh Alam'.
"Saya amat menyokong penuh pada perancangan Kerajaan Negeri dalam 3 teras Bajet 2014 tersebut," ujar Mohd. Salleh pada sesi perbahasan Bajet 2014 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, tengah hari tadi.
Mohd. Salleh yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang berkata, gagasan Bajet 2014 itu turut mendekati konsep 'Negara Berkebajikan' yang diangkat oleh parti masa depan itu pada musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) - 5 Mei lepas - dan PRU12 (8 Mac 2008).
Dalam perkembangan sama, Mohd. Salleh mencadangkan peruntukan pembangunan DUN (P16-02/03) turut dinaikkan, memandangkan elaun ADUN, Ketua Pembangkang dan JKKK masing-masing dinaikkan.
Sebelum itu, kesemua 10 ADUN Pembangkang bertindak keluar dari dewan selepas mendakwa ADUN Pakatan Rakyat, khususnya R.S.N. Rayer (Seri Delima) menghalang mereka menyertai proses perbahasan.
Dalam perkembangan lain, Pengerusi Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah Selesa (RAGAS) Zolkify Md. Lazim bertemu dengan Mohd. Salleh di Dewan Jamuan DUN Pulau Pinang pada petang tadi.
Bagaimanapun, kedua-dua pihak tidak memberitahu sebab pertemuan itu diadakan di sini.
No comments:
Post a Comment