25 November 2013

Tender terbuka bina 707 rumah mampu milik Kg. Jawa hingga 16 Dis.

WONG Hon Wai (dua dari kiri) meneliti grafik projek.
KERAJAAN Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) baru-baru ini mengumumkan tender tender kepada pemaju yang berminat dengan projek pembinaan dua blok rumah mampu milik berketinggian 25 tingkat atas sebidang tanah berkeluasan 3.56 hektar di Kampung Jawa di sini.

Pengerusi PDC Properties Sdn. Bhd., Wong Hon Wai berkata, kedua-dua blok tersebut masing-masing terdiri daripada 353 unit rumah sederhana rendah dan 354 unit rumah kos sederhana.

Beliau berkata, projek yang dicadangkan itu  dilengkapkan dengan empat tingkat parkir, serta 17 lot kedai, surau dan dewan orang ramai pada tiga tingkat lain.

Tidak cukup dengan itu, Hon Wai berkata, kemudahan seperti tadika, kawasan rekreasi, dewan serbaguna serta pagar kawasan perumahan turut melengkapi kemudahan awam di kawasan perumahan yang dicadangkan tersebut..

Hon Wai yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam berkata, tarikh tutup permohonan tender terbuka projek tersebut adalah pada 16 Disember depan.

"Kami (Kerajaan Negeri) akan memilih kontraktor yang sesuai selepas tarikh tutup dan berharap projek ini akan bermula pada Januari 2014.


"Pihak yang berminat perlu menghadiri taklimat tapak pada 18 November pada pukul 10 pagi di Bilik AV, Tingkat 2, Bangunan PDC di Bayan Baru," dalam satu sidang media di Bagan.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus