07 November 2013

Ahli Parlimen Bt. Kawan rai semua kaum sempena Deepavali dipuji

Penerima sumbangan, JKKK Kg. Valdor serta anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) bergambar kenang-kenangan bersama-sama P. Kasthuriraani (baris kedua, empat dari kanan) selepas Majlis Sumbangan Tautan Kasih Sempena Perayaan Deepavali Peringkat Parlimen Baru Kawan di sini baru-baru ini.

BUKIT TAMBUN - Inisiatif Ahli Parlimen Batu Kawan, P. Kasthuriraani menyampaikan sumbangan kepada 150 golongan terpilih daripada pelbagai bangsa sempena sambutan Deepavali peringkat parlimen tersebut baru-baru ini menerima pujian banyak pihak.

ZARINA (kanan) & Kasthuriraani 
Penerima, Zarina Abu Bakar, 40, melahirkan rasa syukur kepada Tuhan serta penghargaan kepada Kasthuriraani atas sumangan barang-barang keperluan rumah yang diterimanya. 

“Ini kali pertama saya terima sumbangan. Alhamdulillah. Terima kasih kepada YB (Kasthuriraani) kerana beri sumbangan tak kira siapa,” ujar ibu tunggal kepada lapan anak dari Kampung Valdor itu di sini.

ONG Meng Kiat
Nada yang sama turut Ong Meng Kiat, 40-an, berkata, sumbangan itu sangat diperlukan keluarga memandangkan beliau sendiri masih tiada pekerjaan tetap belakangan ini.

“Anak kerja kecil-kecil(an) dan beri duit (saku) pun kecil-kecilan kerana saya tiada pekerjaan tetap. 

“Saya tiada kerja tetap lagi. Sumbangan ini dapat kurangkan beban keluarga saya satu dua bulan ini,” ujar beliau yang juga penduduk Taman Kasawari di sini.

N.Krishnamah
N. Krishnamah, 62, pula melahirkan rasa terharu kerana keadaan anak istimewanya, M. Thenmoli, 32, turut tersenarai sebagai penerima sumbangan sempena Deepavali tahun ini.

“Saya ada anak cacat akal OKU (orang kurang upaya). Tiap-tiap tahun, saya dapat RM100 (sumbangan emas OKU).

“Malam ini, anak saya dapat sumbangan lagi dari Ahli Parlimen di sini. Sebagai ibu, saya harap Tuhan tolong sama dia (Kasthuriraani),” ujar warga emas itu yang kini tinggal di Jalan Nenas dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tengah.

Krishnamah turut memuji Kasthuriraani kerana cakna dengan isu-isu kewanitaan di sekitar kawasan Parlimen Batu Kawan.

“Kerajaan Negeri ada Briged Wanita (Pulau Pinang), saya tahu. Apapun isu wanita (yang) dibawa ke pejabat YB, dia akan buat follow up (tindakan susulan),” ujarnya lagi. 

P. Kasthuriraani (enam dari kiri) menerima cenderahati daripada JKKK Kg. Valdor.

Sebelum itu, Kasthuriraani berkata, sepatutnya semua pihak tanpa mengira warna kulit dan status sosial yang layak wajar diraikan di negeri ini.

"Semua kaum sama ada Melayu, India atau Cina ada pada malam ini, sebagai penerima sumbangan kerana mereka layak.

"Kita mahu jadikan semua keraian di negara ini bawa semangat Malaysia yang hakiki, tanpa perlu prejudis pada mana-mana kaum.

"Yang mampu, membantu. Yang kurang mampu, dibantu seperti yang disaksikan pada malam ini," ujar Kasthuriraani di sini.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan keharmonian rakyat majmuk di bawah pentadiran Kerajaan Negeri yang baru, sejak tahun 2008.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus