28 November 2013

MPSP lancar program putih 57 'kilang haram' hingga 1 April

MAJLiS Perbandaran Seberang Perai (MPSP) melancarkan program pemutihan 'kilang haram' atau kilang tanpa kebenaran bermula pada 1 November lepas hingga 1 April tahun depan.

Yang di-Pertua MPSP, Maimunah Mohd.Shariff berkata, sebanyak 57 buah kilang terlibat pada peringkat permulaan program ini.

"Kilang-kilang yang akan diputihkan adalah berdasarkan kilang ini terletak di dalam zon industri dan telah beroperasi sebelum tahun 2012," ujar Maimunah pada pagi tadi di Kompleks Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda dekat Bukit Mertajam.

Sesi Mesyuarat Penuh Kali Ke-473 itu turut dihadiri oleh semua Ahli Majlis MPSP yang diketuai oleh Amir Md. Ghazali (bekas Ketua AMK Pulau Pinang).

Maimunah berkata, semua pemilik kilang berwajib dikehendaki mengemukakan Pelan Kebenaran Perancangan, Pelan Bangunan, Pelan Kerja Tanah & Parit dalam tempoh yang ditetapkan.

"Pihak MPSP akan menghubungi pihak kilang yang terlibat berhubung proses pemutihan ini melalui surat.

"Saya berharap semua industri yang mendapat surat dari majlis (MPSP) mengambil keputusan untuk penyelarasan semula (regularise) bangunan kilang masing-masing," ujar Maimunah.

Sebelum itu, Maimunah berkata, MPSP mula menerima bil cukai taksiran untuk Penggal Pertama 2014 daripada pemilik-pemilik premis sekitar Seberang Perai bermula dari 15 November lepas dan pembayaran perlu dibuat sebelum 28 Februari tahun depan.

Bil berwajib boleh disemak di Kaunter Bayaran MPSP atau menerusi web www.MPSP.gov.my.

Ujarnya, warga Seberang Perai yang membayar keseluruhan cukai setahun 2014 beserta tunggakan (jika ada) mulai 15 November lepas hingga 31 Disember depan (2013) akan diberi kupon (parkir) jam letak kereta sebagai cenderamata serta layak menyertai cabutan bertuah.

"Bagi setiap akaun yang telah dibayar dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan, pemilik akan menerima dua buku kupon jam letak kereta secara percuma," ujar Maimunah lagi.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus