06 November 2013

Menjenguk Pulau Bunting

Macam merentasi sempadan Malaysia-Thailand walhal ini jambatan ke Pulau Bunting.
Ini bukan gambar di sempadan Kedah-Thailand.

Ini gambar jambatan mewah yang menghubungkan daratan Sungai Limau dengan Pulau Bunting.

Saya berpeluang ke sini semasa menyertai Pengerusi Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah (RAGAS), Zolkefly Md. Lazim dan Ustaz Izham Hashim (Pengasas NGO Mutiara Infak) turuturun berkempen dalam PRK N20 Sungai Limau.

Tahniah kepada calon PAS, Azam Abdul Samat kerana berjaya mengekalkan kemenangan parti masa depan itu baru-baru ini.

Semoga beliau menerusikan legasi yang baik tinggalan arwah Ustaz Azizan Abdul Razak. In sha Allah.

Jalan masuk ke pulau itu berpagar. Hanya motosikal kecil sahaja boleh masuk menyeberang. Kereta dan kenderaan lain tidak boleh masuk.

Peniaga di sini berkata, kebanyakan yang datang adalah pemancing. Jambatan mewah di sini dijadikan tempat bermukim pemancing.

Inilah jalan utama ke jambatan Pulau 
Infastruktur vs promosi
Percaya atau tidak, jalan masuk ke pulau ini tidak berturap.

Jalan berbatu kelikir semata-mata. Kiri-kanan jalan masuk yang sempit dihimpit hutan sedikit banyaknya menyukarkan orang luar untuk ke pulau indah ini.

Di jalan utama yang menyambung ke jambatan mewah Pulau Bunting ini masih mempunyai bangkai pengadang jalan ala-ala lebuh raya.

Kalau tengok pada Jambatan Pulau Bunting itu sendiri, kita boleh membayangkan bahawa ada projek mega pernah dirancang Pulau Bunting dan sekitar kawasannya.

"Infrastruktur seperti jambatan mewah ke Pulau Bunting sahaja tidak memadai kalau tiada promosi pelancongan ke pulau itu.

"Hasil bumi yang kaya di Kedah mungkin mendorong pemimpin politik sejak zaman Barisan Nasional hingga zaman PAS perintah Kedah dan kembali dirampas oleh (Menteri Besar Kedah) Datuk Mukhriz (Tun Dr. Mahathir), tiada pelan pembangunan industri pelancongan dimajukan di sini.

"Sumber mentah di Pulau Pinang terhad dan tidak semewah di Kedah, sebab itu Kerajaan Negeri (Pulau Pinang) tumpu pada sektor perkhidmatan seperti pelancongan," ujar Zolkefly kepada saya.

ZOLKEFLY Md. Lazim (paling kanan) berinteraksi dengan warga Pulau Bunting.
Seloroh orang tempatan
Rasa begitu selesa berinteraksi dengan warga tempatan. Seronok dengar celoteh orang Yan, Kedah di sini.

Cakap mereka nampak kampung, tetapi berisi. Sarat dengan maksud tersurat dan tersirat.

"Kalau datang pulau ini (Pulau Bunting), bunting. Selepas ini, kena pergi Pulau Bidan," seloroh salah seorang warga setempat.

Saya ketawa. Saya berfikir.

Mungkin itu cara orang setempat mempromosi Pulau Bunting selepas tiada insiatif Kerajaan Negeri yang bersilih ganti sebelum ini.

Ustaz Izham berkata, "baguih juga Pulau Bunting ini tidak dimajukan. Kalau dimajukan, mungkin tiada tempat di sini (di pintu masuk Jambatan Pulau Buntin) untuk orang kampung berniaga kecil-kecilan."

Saya senyum.


ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis
2 Nov. 2013 | 2.32 petang | Sg. Limau

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus