THOR Chee Yee |
ATLET Karate, Thor Chee Yee, 21, yang memenangi dua pingat emas pada kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) dekat Kuatan, Pahang melahirkan rasa gembira kerana dipilih pula menerima anugerah Olahragawati Harapan Tahun 2012 daripada Kerajaan Negeri.
“Saya berasa sungguh gembira kerana latihan yang begitu bersungguh-sungguh akhirnya berhasil,” ujar Chee Yee semasa ditemui di Kompleks Majlis Sukan Negeri (MSN) dekat Batu Uban, semalam.
Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng yang menyampaikan anugerah tersebut dalam satu majlis rasmi Kerajaan Negeri baru-baru ini.
Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng yang menyampaikan anugerah tersebut dalam satu majlis rasmi Kerajaan Negeri baru-baru ini.
Chee Yee pernah mewakili Pulau Pinang dalam beberapa kejohanan peringkat kebangsaan sejak tahun 2007.
Julai lepas, atlet Karate berkenaan berjaya mendapat pingat emas dalam dua kategori, iaitu perseorangan wanita dan berpasukan.
No comments:
Post a Comment