MEOR Adam Meor Sapi (lima dari kiri) dan V. Govindasamy (dua dari kiri) bersama-sama yang lain pada majlis promosi Larian Centennial RHB Pulau Pinang di sini baru-baru ini. | Foto: BM. |
RHB Bank Berhad (RHB) dengan kerjasama Penang Amateur Athletics Association (PAAA) menganjurkan Larian Centennial RHB Pulau Pinang dari Padang Kota dekat George Tonw pada 22 September depan sempena ulang tahun ke-100 bank itu.
Timbalan Presiden RHB, Left.Kol.(B) Meor Adam Meor Sapi berkata, acara itu dibuka kepada seluruh warganegara, pemastautin tetap serta bukan warganegara yang menjadi pelanggan bank itu sahaja.
Menurut beliau, acara sama turut akan diadakan di Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur.
Setiausaha Agung PAAA, V. Govindasamy pula berkata, pihaknya berbesar hati untuk bekerjasama dengan pihak RHB bagi menjayakan larian berkenaan di Pulau Pinang.
“PAAA akan menyelaras penganjuran itu bersama-sama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), pihak polis serta pihak yang berkenaan dalam memastikan acara berkenaan berjalan lancar,” jelas Govindasamy dalam sidang media sama di George Town baru-baru ini.
Difahamkan, tiga kategori dipertandingkan. Juara bagi kategori Lelaki 10km dan Wanita 10km bakal membawa pulang RM1,000, RM800 (ke-2) dan RM700 (ke-3), RM500 (ke-4), RM300 (ke-5) dan RM100 (ke-6 hingga ke-10), serta sijil penyertaan.
Manakala, bagi kategori Family Fun Run 3km (2 dan 6 orang berkumpulan), juara akan membawa pulang RM 300, RM200 (ke-2) dan RM100 (ke-3), serta sijil penyertaan.
Semua peserta akan diberi sehelai t-shirt.
Sebarang pertanyaan boleh berkunjung ke mana-mana cawangan Bank RHB di seluruh negeri.
No comments:
Post a Comment