06 September 2013

Muzium perlu nafas baru kembang budaya baca - Hon Wai

BARISAN pemenang Pertandingan Menulis Esei 2012 bergambar kenang-kenangan bersama Wong Hon Wai (lima dari kiri) dan Haryany Mohamad (kiri sekali) di sini baru-baru ini.

MUZIUM Negeri Pulau Pinang perlu diberi nafas baru supaya terus menjadi pusat perkembangan ilmu dan budaya membaca rakyat di negeri berkenaan.

Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata demikian pada majlis penyerahan buku-buku terbitan muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang di Perpustakaan Awam Negeri Cawangan George Town di sini baru-baru ini.

“Peranan semua pihak adalah penting sebagai jaminan penghijrahan kita daripada belenggu cetek ilmu kepada yang luas mindanya,” ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam.

Hon Wai turut menyempurnakan majlis penyerahan buku-buku kepada wakil sekolah-sekolah sekitar Daerah Timur Laut.

ANTARA buku yang disampaikan kepada wakil-wakil sekolah sekitar Daerah Timur Laut di sini baru-baru ini.

Sebelum itu, Kurator Muzium Negeri, Haryany Mohamad berkata, pihaknya serta Balai Seni Lukis Negeri menerbitkan buku-buku berwajib tersebut demi memupuk minat membaca serta menghargai hasil karya penulis-penulis tempatan.

“Saya harap dengan penyampaian buku-buku ini kepada sekolah-sekolah di sekitar Daerah Timur Laut ini, dapat dimanfaatkan sepenuhnya, selain, dapat menjadi sebahagian saluran ilmu.

“Dan bagi pihak muzium, kami ingin menyumbang kepada pembangunan negeri dengan menjadikan pendidikan muzium untuk semua,” ujar Haryany.

Dalam pekembangan sama, Hon Wai dan Haryany turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Menulis Esei 2012, 'Sejarah: Peristiswa Tempat Kelahiranku' yang julung kali dianjurkan sempena pembukaan cawangan baru Perpustakaan Awam Negeri.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus