LEBIH 200 anak muda dari ketiga-tiga daerah Seberang Perai akan menyertai Konvoi Hari Malaysia 2013 Pulau Pinang di perkarangan R&R Bagan pada Isnin, 16 September.
Mereka terdiri oleh 15 motosikal berkuasa tinggi Marshal SYM, Kelab Sufiro (15 kereta/30 peserta), BM Racing (50 motosikal), Kami Anak Muda Menentang Umno (KAMMU) serta UKP (30 motosikal dan lima kereta) akan berkonvoi dari Seberang Perai Tengah (SPT).
Itu, tidak termasuk 50 motosikal dan enem kereta dari Seberang Perai Utara (SPU) serta 20 motosikal dan 10 kereta dari Seberang Perai Selatan (SPS).
Pengarah program, Amir Ghazali (0135848386) berkata, konvoi ini demi meraikan hari penubuhan Malaysia dengan mengajak belia bersama-sama menolak gejala sosial.
"Atas semangat patriotik sayangkan negeri Pulau Pinang ini juga, peserta akan melancarkan protes/piket aman bagi membantah kenakan harga minyak..
"Serentak itu, kita bercadang melancarkan protes terhadap (cadangan pemimpin) Umno Kedah untuk menyekat air Sungai Muda ke negeri ini.
"Semua rakyat, khususnya anak muda patriotik di Pulau Pinang dijemput menyertai aksi demokratik menarik Isnin ini.
"INI MALAYSIA LAH. SUARAKAN SUARA DEMOKRATIK ANDA!," ujar Amir selepas mesyuarat penyelarasan jawatankuasa kerja di Seberang Jaya, malam tadi.
Amir yang juga Ketua AMK merangak Ahli Majis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berkata, Dr. Afif Bahardin (Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri/ADUN Seberang Jaya) turut dijadual hadir pada keraian tersebut kelak.
Tambah beliau, sidang media akan diadakan serentak dengan acara kemuncak di perkarangan R&R Bagan sekitar jam 6.15 petang.
Semua editor, wartawan, fotojurnalis dan blogger dijemput bersama-sama anak muda di sini meraikan hari harimoni ini. Info lanjut, hubung Khairul Ishak, 0194557236 atau 0125487236.
Sebelum itu, Penasihat program konvoi, Zolkifly Md. Lazim berkata, Pidato Malaysia, piket aman, persembahan Band Muzik dan beberapa acara ria akan aksi menarik yang akan diadakan di perkarangan R&R Bagan bermula jam 5.00 petang.
"Hadirin berpeluang menerima cabutan bertuah, termasuk 15 hamper," ujar Zolkifly yang juga Presiden D'BM Hospital Permatang Pauh.
Berikut adalah laluan konvoi di ketiga-tiga daerah:
SPT: Konvoi bermula seawal jam 2.00 petang dari Bandar Perda dekat Bukit Mertajam merentasi Jalan Berapit, Kubang Ulu, Permatang Pasir, Kampung Pertama, Taman Tun Hussein Oon, Jalan Tenggiri, Bandar Sunway hingga hentian akhir, iaitu R&R Bagan.
SPU: Konvoi bermula seawal jam 2.00 petang dari Permatang Manggis akan merentasi Pekan Kepala Batas, Permatang Bongak, Titi Bukit, Teluk Air Tawar sehingga hentian akhir, iaitu R&R Bagan.
SPS: Konvoi bertolak dari daerah itu selewat jam 3:00 petang ke R&R Bagan juga.
11 Sept. di Bukit Gedung, Bayan Baru, P.Pinah
Info lanjut, hubungi 017-4760274
No comments:
Post a Comment