Waris pelajar
mati lemas terima ihsan RM1,000 KN
Oleh: AHMAD ADIL MUHAMAD
BUKIT MERTAJAM – Waris kepada Mohd.
Shahmin Abd. Karim, 9, dan Mohd. Faris Isham Hisham, 9, yang mati lemas di
kolam tadahan air berhampiran tapak pembinaan Bandar Perda di sini baru-baru
ini masing-masing menerima sumbangan ihsan berjumlah RM1,000 daripada Kerajaan
Negeri.
Ketua Menteri, Y.A.B.
Tuan Lim Guan Eng berkata, beliau sangat kesal dengan insiden yang berlaku dan
meminta waris, Abd. Karim Abd. Ghani dan Roshiha Abd. Malek (ibu arwah Mohd.
Faris) supaya bersabar.
Nada yang sama
turut diluah oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya merangkap Exco
Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif
Bahardin dalam majlis yang diangsungkan di Kompleks Ibu Pejabat Majlis
Perbandaran Seberang Perai (MPSP), di sini.
Abd. Karim yang ditemui kemudian melahirkan rasa kesal atas sikap
pemaju di tapak pembinaan berkenaan yang didakwa tidak bertanggungjawab atas insiden
pada 12 September lepas.
"Saya berasa terkilan dengan mereka
yang berdiam diri dan dilihat seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sedangkan
tragedi ini tersebar luas di media sosial.
"Tiada langsung wakil dari pihak
pemaju yang datang melawat atau meminta maaf atas kejadian yang menimpa kami
sekeluarga," katanya.
Sementara itu, MPSP pada 13 September
lepas menyerah notis kesalahan di bawah Seksyen 70A Akta Jalan, Parit dan
Bangunan, 1974 kepada Aseania Development Sdn. Bhd..
Pemaju itu diarah menghentikan kerja
pengorekan, araham memasang pagar keselamatan serta papan tanda larangan
serta-merta.
Yang di-Pertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif
dan beberapa Ahli Majlisnya, Amir Md. Ghazalli, Ahmad Tarmizi Abdullah serta
Mohd. Rizal Abd. Hamid turut hadir pada majlis sumbangan ihsan tersebut.
No comments:
Post a Comment