AFIF Bahardin (kiri sekali) dan isteri menyampai sumbangan ‘angpau raya’ kepada kanak-kanak terpilih yang hadir pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di sini baru-baru ini. |
Lebih 3,000 hadirin menyertai majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin dan isteri, Mardhiah Zakaria di Dewan Blok R Apartment Permata Bandar Perda dekat Seberang Jaya baru-baru ini.
Dr. Afif yang juga Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan semasa ditemui melahirkan rasa bersyukur atas kunjungan hadirin memeriahkan keraian buat julung kali diadakannya bersama isteri.
"Saya gembira dengan sambutan yang diberikan dan berharap banyak lagi program seperti ini dapat dijalankan bersama komuniti setempat.
"Alhamdullilah, sambutan yang diadakan berjalan dengan lancar," katanya sambil merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Seberang Jaya yang bertungkus lumus membantu menjayakan keraian itu.
Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Datuk Mansor Othman (Ahli Parlimen Nibong Tebal) dan Ong Chin Wen (ADUN Bukit Tengah) antara kepemimpinan negeri yang hadir pada majlis itu.
Pada majlis sama, Dr. Afif dan isteri turut menyempurnakan penyerahan sumbangan 40 hamper kepada golongan terpilih dari kalangan fakir, miskin, anak yatim, orang kurang upaya (OKU) serta ibu tunggal.
Sate, laksa, mee kuah, nasi himpit dan ayam golek antara juadah enak yang dijadikan pada keraian itu.
No comments:
Post a Comment