Taman tema kanak-kanak Wet World Wild Adventure Park Penang (WWW) di kawasan Batu Ferringhi akan dibuka kepada warga tempatan dan pelancong asing bermula pada September depan.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, konsep taman mencabar di atas permujaan laut secara terbuka itu merupakan pertama di rantau Asia.
"Struktur (WWW) merupakan kejuruteraan dari Jerman dan memenuhi piawaian keselamatan yang digariskan oleh TUV (Technical Inspection Association, German)," ujar beliau di Komtar di sini baru-baru ini.
Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Theme Park & Services Sdn. Bhd. (TPCS), Richard Koh turut hadir pada sidang media itu.
Guan Eng berkata, pihaknya percaya taman tema di bawah kendalian bersama TPCS dan Penang Global Tourism (PGT) tersebut akan menjadi satu lagi produk pelancongan menarik di negeri berkenaan.
Richard berkata, konsep taman tema bertaraf dunia seumpama di Batu Ferringhi itu hanya terdapat di beberapa negara maju sahaja.
"Kami (TPCS) berharap (taman tema ini) terus berkembang sebagaimana dihasratkan untuk riang ria serta aktiviti selamat atas permukaan laut," ujar beliau.
Difahamkan, taman tema yang berdepan dengan Kompleks Bayu Senja serta berdekatan Hotel Park Royal tersebut akan dibuka sepanjang musim bukan tengkujuh bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
Rock climbing, trak larian, trampoline, swings, slides, kolam dan dinding-dinding merupakan antara acara rintangan mencabar yang menarik di dalam taman tema tersebut.
Tiket masuk selama dua jam ke taman tema itu bernilai RM30 sahaja.
Info lanjut, sila hubungi wakil TPCS, Melvin Kuo menerusi 03-55668000 sambungan 8295 atau 0193171919 (telefon bimbit) atau getwet@wetworldwild.com (emel).
No comments:
Post a Comment