ADBUL Malik Hasnon (kanan sekali) menerima balasan buah tangan daripada adik Siti Rohaya (tengah) sambil dibantu seorang staf Rumah St.Nicholas dalam satu majlis di sini baru-baru ini. |
EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim baru-baru ini meraikan warga Rumah St. Nicholas dekat Jalan Bagan Jermal di sini sempena menyambut bulan Ramadan, seterusnya Hari Raya Puasa.
Mereka, 79 warga cacat penglihatan serta 63 staf pelbagai kaum masing-masing menerima sumbangan duit raya berjumlah RM30 dan RM20 tiap-tiap orang.
Abdul Malik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung berkata, majlis amal sepemama itu antara program-rogram rasmi dalam kalendar Kerajaan Negeri pada sepanjang bulan Ramadan kali ini.
“Pada tahun ini, kita (Kerajaan Negeri) bantu mengemaskini surau dalam St. Nicholas ini dan menyumbang Al-Quran untuk kegunaan staf dan penghuni beragama Islam,” ujar beliau dalam satu majlis ringkas baru-baru ini.
Beliau turut merakamkan penghargaan atas keterbukaan pentadbir St. Cicholas kerana membenarkan pendakwah dari JAIPP mengampaikan tazkirah dan kuliah-kuliah di rumah istimewa tersebut.
Wakil penghuni Rumah St. Nicholas, Yusoff Abd. Rahman yang ditemui kemudian merakamkan penghargaan atas insiatif Exco menyerahkan sumbangan hari raya serta menyediakan juadah bersahur dan berbuka puasa.
"Semoga Allah akan memberkati kerja-kerja baik yang dilakukan pihak Yang Berhormat (Abdul Malik)," ujar beliau.
Lawatan tahunan serta penganjuran majlis amal di Rumah St. Nicholas itu dianjurkan saban bulan Ramadan sejak tiga tahun lepas.
No comments:
Post a Comment