19 July 2013

Sertai pertandingan mewarna Ekspo Hijau 21 Sept.

TEH Yee Cheu (tiga dari kiri), Thing Siew Shuen (tengah) dan ahli jawatankuasa penganjur menunjukkan sampel anak pokok mini yang bakal diagihkan secara percuma sempena mempromosi Ekspo Hijau Pulau Pinang 2013 di sini baru-baru ini.

PENANG Gree Council (PGC) dengan kerjasama POPULAR Book. Co. (M) Sdn. Bhd. menganjurkan pertandingan mewarna pada 21 September depan di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) dekat Bayan Lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu berkata, pertandingan itu diadakan sempena sambutan Ekspo Hijau Pulau Pinang 2013 dan Heal the Earth, Count Me In dipilih sebagai tema program tersebut.

Justeru, beliau berkata, pihaknya berharap program tersebut mampu menggamit minat rakyat, khususnya kanak-kanak untuk memulihara dan memelihara alam sekitar di negeri berkenaan.

“Melalui pertandingan seperti ini, semangat memelihara dan cintakan alam sekitar dapat dipupuk," ujar beliau di sini baru-baru ini.

Pengarah PGC, Thing Siew Shuen turut hadir pada majlis tersebut.

Yee Cheu berkata, Sunshine Garden Center Sdn. Bhd. selaku penganjur akan mengagihkan sebanyak 1,000 anak pokok mini jenis Philodendron, Syngonium dan Sanseviera secara percuma demi menggalak orang ramai berkunjung ke ekspo tersebut.

Difahamkan, pertandingan mewarna itu dijadual berlangsung selama dua jam bermula 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Sebanyak dua kategori dipertandingkan, iaitu kanak-kanak berusia 5 hingga 8 tahun dan 9 hingga 12 tahun.

Yee Cheu berkata, borang penyertaan boleh didapati daripada Popular Pulau Pinang atau dimuat turun dari sesawang www.pgc.com.my sebelum tarikh tutup pada 15 September depan.

Info lanjut boleh hubungan Popular di talian 04-2269334 atau PGC (04-25-3321).

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus