KERAiAN penuh Hari Lahir Tuan Yang Terutama (T.Y.T.) Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
Ke-75, Tun Abdul Rahman Abbas pada 13 Julai ini ditangguh ke tarikh 26 Ogos
depan demi memberi laluan pada sambutan bulan Ramadan.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Law Choo Kiang bagaimanapun berkata,
majlis kesyukuran, tahlil serta jamuan berbuka puasa sempena keraian hari lahir
T.Y.T. itu akan diadakan di Masjid Negeri pada Jumaat, 12 Julai 2013 bersamaan
3 Ramadan 1434 Hijrah, bermula jam 6.00 petang.
Ketetapan itu, menurut beliau, sekaligus membawa Istiadat Kawalan Kehormat
serta Istiadat Pengurniaan Kebesaran, Bintang dan Pingan Kehormatan Negeri di
Dewan Sri Pinang di sini dijadual semula bermula pada 26 hingga 29 Ogos depan.
Itu, tidak termasuk Jamuan Malam sempena sambutan Hari Lahir T.Y.T. pada 26
Ogos di Hotel Equatorial dekat kawasan Parlimen Bayan Baru.
“Ketetapan ini diharap menjawab tanda tanya mengenai majlis Sambutan Hari
Jadi T.Y.T. serta Istiadat Pengurniaan sama ada tetap diadakan dalam bulan
Ramadan atau selepas Hari Raya Puasa,” ujar Choo Kiang yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun di DUN Pulau Pinang di sini baru-baru ini.
Hadir bersama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus. -END
No comments:
Post a Comment