15 July 2013

Percepat projek pindah tadah hujan Perak-P.Pinang - KM

LIM Guan Eng
KERAJAAN Pusat melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) diharap mempercepat pemajuan Projek Pemindahan Tadahan Hujan Perak-Pulau Pinang yang dianggarkan menelan kos RM2 bilion demi memastikan negeri berkenaan tidak menghadapi risiko kekurangan air selepas tahun 2020.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali selaku Pengerusi PAAB sebelum ini memberi jaminan bahawa negeri-negeri yang telahpun menandatangani perjanjian penstrukturan semula air dengan PAAB akan diberi dana untuk membiayai projek-projek berkaitan air berwajib.

"Cadangan Skim Pemindahan Air Sungai Perak telah diluluskan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) pada 30 Jun 2012 dan disahkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan kini menunggu kelulusan pelaksanaan dari Unit Perancang Ekonomi (UPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM)," ujar Guan Eng di Komtar, George Town baru-baru ini.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri direkod menandatangani perjanjian itu dengan Kerajaan Pusat pada 2 Jun 2011 demi memudahkan kemasukan Pulau Pinang ke National Water Services Industry Resstrukturing Initiative (NWSIRI) kelak.

Ekoran itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, PAAB adalah pemilik aset air negara dan pengurus di bawah NWSIRI, termasuk di Pulau Pinang.

Terdahulu, Guan Eng berkata, 80 peratus sumber air mentah sedia ada di Pulau Pinang diambil dari Sungai Muda sebelah negeri berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih itu berkata, sumber air yang sedia ada dijangka memenuhi permintaan air di Pulau Pinang sehingga tahun 2020 sahaja.

Lantas, katanya, Kerajaan Negeri tidak boleh hanya bergantung pada sumber air dari Sungai Kuala Muda.

Sebaliknya, beliau berkata, Kerajaan Negeri berpendapat, wujud keperluan mendesak untuk melaksanakan skim pemindahan air antara negeri-negeri demi menjamin bekalan air masa hadapan.

Dalam perkembangan sama, beliau sekali lagi menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Kedah tidak wajar menuntut caj air daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang memandangkan sumber air mentah berwajib diambil dari Sungai Muda sebelah negeri berkenaan.

Berbeza dengan situasi di Perak, Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri perlu membayar caj air memandangkan sumber mentah tersebut yang diambil dari Sungai Perak di dalam sempadan negeri berkenaan.

Pemajuan Projek Pemindahan Tadahan Hujan Perak-Pulau Pinang dijangka mengambil masa selama tujuh tahun dan projek itu mampu menampung keperluan air mentah bersama sehingga tahun 2050.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus