PEGUAM HARAKI DICEMUH DAN DIFITNAH
Peguam adalah orang yang memenuhi 2 syarat iaitu mempunyai pengetahuan tinggi tentang undang-undang mampu merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan dan mempunyai ketaqwaan kpd Allah.
Mereka hidup dengan mewakafkan diri untuk kerja-kerja mempertahankan ahli-ahli gerakan Islam dan ummat keseluruhannya mengikut lunas undang-undang.
Apabila golongan berilmu dan bertaqwa ini menjadi sasaran kritikan dan penghinaan maka bermulalah siri-siri kerosakan umat.
Amat malang jika ia berlaku di kalangan mereka yang menobatkan dirinya sebagai pejuang Islam dalam gerakan Islam.
Adakah kesedaran merakyatkan Islam dalam kerangka perlembagaan yang mereka dapat hasil usaha sendiri tanpa menerusi peguam yang memberikan pencerahan dan ilmu kesedaran?
Inilah bibit kerosakan dalam gerakan Islam. Kalau dulu peguam parti nasional yang menghentam peguam gerakan islam, namun, sekarang suara-suara yang menasabkan mereka sebagai ahli gerakan Islam pula yang meniru aksi mereka.
Adakah ini kejayaan musuh meresap masuk ke dalam saf gerakan Islam?
Serangan dibuat secara umum terhadap peguam kononnya tidak turun ke padang untuk berdakwah, tidak serius mempertahankan maruah presiden dan tidak kompeten menaiki hirarki parti serta berselindung di bawah jubah profesional untuk menjadi pemimpin.
Fitnah-fitnah seumpama ini sangat jahat, sedangkan secara realitinya peguam-peguam ini turun bersama masyarakat di waktu pagi dan petang dengan puluhan program 7 hari seminggu untuk mempertahankan gerakan Islam di pelbagai medium tanpa meminta secara peribadi untuk menjadi pemimpin.
Di kala sebahagian kita sibuk dengan mencari nafkah, para peguam turun menyelesaikan banyak kes guaman melibatkan pimpinan dan ahli gerakan Islam sama ada dengan imbalan dunia sebagai nafkah harian atau tanpa habuan hanya meletakkan Allah sebagai pergantungan rezeki.
Lidah mereka seharian basah dengan zikir dan ayat-ayat Allah.
Malam-malam mereka dipenuhi dengan munajat kepada Allah.
Berhati-hatilah dengan fitnah yang sedang dinyalakan oleh mereka yang bertopengkan aktivis dakwah tanpa ilmu dan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.
Nabi saw bersabda dalam hadis sahih
من عادى لي وليا فقد آذنته بالحرب
"Sesiapa yang memusuhi waliku (orang yang hampir dgnKu) maka Aku isytiharkan perang terhadap mereka".
YB Dr Aninomous
No comments:
Post a Comment