15 July 2013

Lampu isyarat baru harap urai trafik sesak Batu Maung - ADUN

ABDUL Malik Abul Kassim (empat dari kiri), Lim Hock Seng (lima dari kiri) dan A.Rajendran (tiga dari kiri) bersama wakil pendudk setempat bergambar kenang-kenangan semasa melawat lokasi pemasangan lampu isyarat baru di sini baru-baru ini.

AHLi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, pemasangan lampu isyarat di Lintang Bayan Lepas baru-baru ini diharap dapat menyurai kesesakan trafik di sini.

Beliau yang juga Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, kesesakan itu sebenarnya berpunca oleh runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dibina pada 7 Jun lepas.

Ekoran itu, beliau menasihat polis supaya meningkatkan lagi kawalan trafik di kawasan berkenaan, terutama pada waktu puncak.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng dan IR. A.Rajendren (Timbalan Pengarah Jabatan Bangunan, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, MPPP) turut hadir di kawasan tersebut.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan lagi komitmen Kerajaan Negeri dalam menyurai kesesakan trafik di negeri berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus