19 July 2013

Exco minta PBT pelan tindak lima tahun

CHOW Kon Yeow ketika menyampaikan ucapan perasmian Bengkel Empowering Local Council di sini baru-baru ini.

MAJLiS Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) diminta menggariskan pelan tindakan lima tahun bagi meningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan masing-masing.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yoew berkata demikian dalam Bengkel Empowering Local Council di sini baru-baru ini.

“Sememangnya setiap PBT (pihak berkuasa tempatan) telah mempunyai fokus masing-masing, namun, ia tidak akan bercanggah sekiranya kita (MPPP dan MPSP) mengadakan garis panduan pelan tindakan ini.

“Pelan ini wajar memandangkan rakyat kini ingin melihat perubahan lebih besar, terutama dalam penyampaian perkhidmatan,” ucap Kon Yeow di sini baru-baru ini.

Yang di-Pertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif (gambar kiri) turut berkongsi pengalaman dalam bengkel tersebut.

Hadir bersama, semua Ahli Majlis bagi MPPP dan MPSP yang baru dilantik bagi sesi Julai hingga 31 Disember 2013.

Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota berkata, PBT mesti mencarijalan supaya Pulau Pinang kian dilihat mempunyai persekiran yang paling sesuai didiami serta destinasi pelancongan dan pelaburan terunggul di rantau ini.

Justeru, beliau berkata, semua pihak berwajib harus berani menempuhi cabaran dari segi psikologi dan behavioral change demi mereputasi imej negeri berkenaan di persada dunia.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus