19 July 2013

Dunia anugerah MPPP 'Best Cities'

AR. Patahiyah Ismail menujukkan Anugerah Best Cities yang diterima oleh MPPP baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara.

MAJLiS Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) baru menerima Anugerah Best Cities daripada sebuah pertubuhan perkongsian sosial di Eropah yang dikenali sebagai Europe Business Assembly (EBA).

Yang di-Pertua MPPP, Datuk Ar. Patahiyah Ismail berkata, anugerah itu adalah tanda penghormatan dan pencapaian tertinggi majlis dalam pengurusan industri pelancongan dan pembangunan ekonomi serta perkongsian dalam mempromosi sukan di persada dunia.

“Alhamdulillah, semua ini adalah usahasama semua pihak dalam memastikan Pulau Pinang sentiasa memimpin," ujar beliau ketika ditemui sejurus selesai majlis mengangkat sumpah semua Ahli Majlis MPPP di George Town baru-baru ini.

Selain sijil pengiktirafan (gambar kanan), beliau berkata, MPPP turut menerima trofi, plak dan medal daripada badan berprestij tersebut.

Difahamkan, Anugerah Best Cities diberi kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mempunyai kepemimpinan terbaik dalam merumuskan dasar-dasar, termasuk rangka kerja ekonomi, pengurusan sektor pelancongan serta program yang menggalakkan perpaduan sosial melibatkan negara-negara anggota.

Dengan pengiktirafan tersebut, beliau berkata, membolehkan MPPP menggunakan trademark sendiri mengikut Akta Cap Dagangan 1994, United Kingdom dan Peraturan-Peraturan Anugerah EBA bagi tempoh lima tahun bermula 25 Jun 2013 hingga 25 Jun 2018.

Pencapaian terbaru itu sekaligus mereputasi imej Kerajaan Negeri Pulau Pinang di rantau ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus