30 July 2013

Bagaimana Musa Sheikh Fadzir nak tutup 'gajah puteh' Bazar Perdana?

Kompleks Bazar Perdana yang terletak di Bandar Perda Bukit Mertajam sepatutnya berdiri megah sebagai sebuah kompleks perniagaan bagi peniaga setempat yang kebanyakannya adalah orang Melayu untuk menjana ekonomi. 

Tetapi, malangnya sehingga hari ini ia gagal berfungsi mengikut perancangan hingga menyebabkan peniaga yang membeli lot-lot kedai di kompleks ini terpaksa menanggung kerugian.

Difahamkan kompleks ini telah menerima sijil layak untuk diduduki sejak dari tahun 2003 tetapi sehingga kehari ini bangunan kompleks dibiar usang dan mula mengalami kerosakan. 

Kini, bangunan Bazaar Perdana ini hanyalah sebuah bangunan gajah putih yang tersergam indah tanpa penghuni. 

Apa permasalahan sebenar dan kesudahan nasib pembeli-pembeli kedai di kompleks ini?

Pihak pemaju yang di terajui oleh Dato’ Musa sendiri telah gagal untuk menguruskan bazaar tersebut . 

Akibat daripada kegagalan itu pemilik-pemilik bazaar berkenaan menanggung kerugian dari segi ekonomi yang berpanjangan. 

Pemaju telah mengaut keuntungan tapi yang menanggung kerugian adalah pembeli lot-lot kedai di kompleks ini.

Pembeli lot-lot kedai di kompleks ini amat berharap ada pihak yang tampil untuk membantu mereka bagi menyelesaikan permasalahan ini.

Kata orang, rumah kalau ditinggal 40 hari, maka akan menjadi tempat permukiman jin dan syaitan.

Bazaar Perdana di Bandar Perda, Bukit Mertajam terbengkalai hampir 10 tahun.

Siapakah yang bermukim di sana?

Tiada satu lot kedai pun dibuka walaupun bangunan itu telah menerima Sijil Kelayakan Menduduki sejak Februari 2004 daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Waktu siang, bangunan itu kelihatan sunyi, kotor, busuk. Macam bangunan puaka pun, ada.

Saban malam, bangkai bangunan ini menjadi sarang penagihan dan penzinaan.

Realiti ini membawa Buletin Mutiara mendapatkan maklum balas sebenar daripada para pemilik lot kedai di bazaar tersebut - Mengapa semua ini berlaku?

Pak Deen atau nama sebenarnya Kamaldeen b Mohamed Madar Saibo, 60, berkata beliau berasa seakan ditipu oleh pihak pemaju Aseania Development Sdn Bhd.

"Masa nak jual, pemaju kata pasar basah di Bukit Mertajam akan ditutup dan dipindah di sini (Bazaar Perdana) hingga tarik minat kami, peniaga-peniaga Melayu.

"Oleh kerana (Senator) Datuk Musa Sheikh Fadzir adalah salah seorang 'orang besar' Aseana yang janji nak tolong orang-orang Melayu, kami buat pinjaman bank dan pakat-pakat beli lot kedai sebab nak berniaga."

Lot kedai Pak Deen bernombor F18 di tingkat 1 yang bernilai RM16,650. Saban bulan, beliau terpaksa memerah lebih keringat untuk membayar hutang pada bank.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa Badan Bertindak Bazaar Perdana berkata, sebanyak 1072 pembeli lot kedai turut menghadapi masalah yang sama dengannya.

80 peratus daripada mereka adalah peniaga-peniaga Melayu.

Pak Hussein atau nama sebenarnya Md Hussain b Kader Mohammad, 67, turut melahirkan rasa kecewa.

"Saya memang tak operasi langsung di food court di tingkat 3. Macam mana saya nak beroperasi kalau kerusi (dan) meja makan pun tidak ada.

"Saya sendiri takut nak naik di dua kedai saya (iaitu) no.87 dan no.88 kerana saya takut dirompak atau diancam oleh penagih atau budak-budak muda yang menjadikan bangunan itu tempat maksiat," ujarnya.

Beliau yang juga pesara kakitangan kerajaan menganggap bahawa beliau seakan ditipu oleh pemaju.

Kedua-dua lot kedai yang dibelinya dari pemaju itu kira-kira RM31,000.

"Sebenarnya saya cadang nak pergi (menunaikan fardhu haji di) Makkah bersama isteri dengan duit imbuhan persaraan ini. Dengan apa yang menimpa ini, semuanya tergenda. Macam ditipu pun ada," ujarnya.

Cik Din atau Jamaludin b Ahmad, 47, mendakwa pihak pemaju seolah-olah tidak amanah dengan komitmen para pembeli lot kedai yang majoritinya Melayu.

Disebabkan itu, beliau mencadangkan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) campur tangan memandangkan projek terbengkalai ini di bawah kerajaan persekutuan, bukannya Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

"Saya beli lot kedai sebab nak meringankan beban hidup, tiba-tiba terbalik pula (iaitu) saya terpaksa bayar pinjaman dan kerja-kerja jahit saya terpaksa di buat di rumah.

"Badan bertindak cuba untuk berjumpa Datuk Musa (Ketua Bahagian Umno Bukit Mertajam), tetapi kita berjaya berbincang dengan (Adun Seberang Jaya) Datuk Arif Shah pada tahun 2005 dulu. 

"Tiada apa perubahan pada Bazaar ini, mungkin Perda dan mungkin (kerajaan) pusat kena lihat (campur tangan)," ujarnya.

Beliau berkata Bazaar Perdana ini sepatutnya boleh menjadi seperti Pekan Rabu di tengah-tengah bandar raya Alor Setar; yang menjadi simbol perekonomian umat Melayu.

Katanya lagi, Melayu Pulau Pinang boleh mempunyai kedudukan yang lebih baik dari segi ekonomi sekiranya para pemimpimnya amanah dan jujur membantu para peniaga Melayu di negeri berkenaan.

Penyelaras KADUN Seberang Jaya, Abdul Jalil b Che Ros berkata pihaknya telahpun memanjangkan isu 1072 peniaga yang mendakwa seakan ditipu oleh pemaju kepada pihak berwajib.

"Walaupun saya sendiri merasakan begitu sukar untuk menyelesaikan masalah ini kerana projek ini di bawah kerajaan persekutuan, tetapi, semua ini telahpun berada dalam pengetahuan (Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Mansor Haji Othman (bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang) sendiri.

"Jalan yang ada antaranya mungkin isu ini akan dibawa dalam sidang Dun atau di Parlimen supaya boleh mendorong Perdan dan kerajaan pusat sendiri mendengar tuntutan Badan Bertindak Bazaar Perdana ini," ujarnya.

Tinjauan Buletin Mutiara mendapati memang ada tilam-tilam haram di lot kedai tertentu, dipercayai menjadi tempat penzinaan.

Siang dan malam, bazaar langsung tidak dikawal oleh oleh pegawai kesalamatan. Mujur polis sekali sekala membuat rondaan untuk cegah jenayah di kawasan sunyi tersebut.

Dijangkakan isu Bazaar Perdana yang tak ubah bak projek "Gajak Puteh" tersebut bakal menjentik perasaan rakyat khususnya Melayu dalam pilihan raya umum depan

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus