PHEE Boon Poh (lima dari kanan) memperagakan jersi perlumbaan bersama-sama Teh Lai Heng (dua dari kanan) sempena majlis promosi sukan lumba basikal itu baru-baru ini. |
Kejohanan lumba basikal “Where 2 Go Ultimate Challenge” akan diadakan pada 23 Jun depan di Padang Kota Lama di sini ke arah menjadikan Pulau Pinang sebagai ‘destinasi berbasikal dunia’.
Ecxo Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Kebajikan, Phee Boon Poh berkata, pihaknya berharap penyertaan kejohanan itu boleh mencecah 3,000 orang, termasuk dari Singapura, Thailand dan Indonesia.
Acara pelepasan dijadual pada 7.30 pagi dan dijangka tamat pada 1.00 petang.
"Pada tahun 2008 kita mula memperbanyakkan aktiviti basikal di sini.
"Pulau Pinang juga mempunyai antara laluan basikal yang terpanjang di Malaysia hampir 200 kilometer,” ujar beliau di George Town baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng turut hadir pada sidang media itu.
Boon Poh yang juga ADUN Sungai Puyu berkata, aktiviti berbasikal giat dianjurkan sejak tahun 2008 di negeri berkenaan demi menggalakkan budaya hidup yang bersih, hijau, sihat dan selamat dalam kalangan komuniti.
Sebanyak tiga kategori dipertandingkan, iaitu Elit, Amatur (85 kilometer mengelilingi pulau) dan Lumbaan Ria sejauh 40 kilometer dari Padang Kota Lama ke Batu Maung melalui Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu.
Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi ketegori Elit dan Amatur masing-masing akan menerima tunai RM3,000, RM2,000 dan RM1,000.
Semua peserta turut dihargai dengen pemberian 'goodies bag', jersi, makanan dan minuman, selain hadiah bagi acara cabutan bertuah.
Info lanjut atau urusan pendaftaraan boleh dibuat melalui laman web penanevents.com.my atau hubungi talian 04-2611342. -END
No comments:
Post a Comment