Pulau Pinang tidak mustahil akan menjadi destinasi penggemar-penggemar berbasikal dunia suatu hari nanti sekiranya aktiviti itu terus dipopular lagi oleh banyak pihak.
Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata demikian semasa melancarkan Arca Basikal sulung di negeri berkenaan yang dikenali sebagai 'Give Me Five' baru-baru ini.
"Saya berasa amat bangga dengan semangat CSR atau tanggungjawab sosial korporat.
"Saya yakin Pulau Pinang akan terus menerajui sebagai sebuah destinasi basikal yang utama bagi penggemar-penggemar berbasikal di seluruh dunia," ujar Guan Eng di Tanjong Bunga sambil merakam penghargaan kepada semua pihak berwajib yang menyumbang hingga terbinanya arca unik tersebut.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Datuk Patahiyyah Ismail, Teh Yee Cheu (Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bunga), Dr. Lim Say Guan (Presiden Kelab Pengayuh G Pulau Pinang) turut hadir pada majlis keraian tersebut.
Guan Eng berkata, acra basikal yang dibina di bawah program CSR itu menelan belanja RM55,000.
Menurut beliau, CIMB melalui Kelab Pengayuh G Pulau Pinang menyumbang RM30,000, Yee Cheu (RM10,000) dan Sculputure at Work (RM15,000).
"Sculputure Basikal ini serta lanskap di kawasan ini (Jalan Tanjong Bunga) akan diselenggara oleh MPPP,' ujar beliau.
Tambah beliau, pengalaman Pulau Pinang pernah menjadi tuan rumah bagi acara sukan berbasikal seperti Campaign For A Lane, Malakoff Interstate Fellowship Ride, Kayuh Lasak Penang Mountain Bike Jamboree, Gurney X Paragon Ride, Ride For Sights Charity Bike-A-Thon, Ride For Silent, Road Safety Ride, Penang International Triathlon and Duathlon dan beberapa lagi acara "Go Green Ride" sekaligus meletakkan negeri itu tidak mustahil menjadi destinasi sukan berbasikal unggul dunia. -END
No comments:
Post a Comment