CHONG Eng bersama-sama penganjur serta peserta merakamkan gambar kenang-kenangan sempena Kojohanan Luncur Gaya Bebas Antarabangsa Pulau Pinang 2013 baru-baru ini. |
Kojohanan Luncur Gaya Bebas Antarabangsa Pulau Pinang 2013 baru-baru ini lebih meriah dengan penyertaan atlet dari Singapura, Thailand, Indonesia dan Jepun.
Atlet tempatan dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Melaka turut menyertai kejohanan antarabangsa itu bagi merebut kejuaraan dalam 13 ketegori yang dipertandingkan.
Exco Belia & Sukan, Wanita, Keluarga & Pembangunan Masyarakat dan Kesenian, Chong Eng berkata, kejohanan tersebut diharapdapat menyemarak lagi gaya hidup sihat dan harmoni dalam masyarakat berbilang kaum di negeri itu.
“Penganjuran acara sukan seperti ini turut dilihat sangat positif dalam merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri yang menggalakkan rakyatnya mengekalkan cara hidup yang sihat di samping menunjukkan keharmonian masyarakat melalui sukan,” ujar beliau dalam majlis perasmian kejohanan tersebut di Penang Times Square di sini baru-baru ini.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) dan badan bukan kerajaan (NGO) berwajib atas penganjuran sukan tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang itu turut merakamkan penghargaan kepada Juara Skate Kebangsaan, Cheng Chee Siang atas inisiatif membuka bengkel belajar sukan berkenaan serentak dengan berlangsungnya acara tersebut.
Dalam perkembangan lain, Chong Eng berharap mereka yang berkunjung ke Pulau Pinang sempena kejohanan tersebut turut tidak melepaskan peluang untuk menikmati kelazatan makanan serta keindahan negeri berkenaan.
Kali pertama sukan itu dianjurkan di Pulau Pinang adalah pada tahun lepas. -END
No comments:
Post a Comment