Pas tidak akan menuntut kerusi Menteri Besar Selangor sungguhpun mempunyai kelebihan satu kerusi Dun berbanding PKR sempena PRU13.
Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali berkata, kepemimpinan parti peringkatp pusat bersetuju Tan Sri Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar.
"Kita (Pas) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu.
"Kita sudah putuskan untuk kekal yang sedia ada (Khalid Ibrahim).
"Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan," katanya semasa dihubungi Sinar Harian semalam.
Pendirian itu sekaligus memberi isyarat kepada PKR yang ura-ura bercadang untuk menamakan timbalan presidennya Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
PRU13 menyaksikan Pas-DAP Selangor masing-masing mempunyai 15 kerusi Adun, manakala, PKR ada 14 kerusi sahaja.
Dalam perkembangan lain, umum Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Ketua Pembangkang sungguhpun DAP mempunyai bilangan Ahli Parlimen terbanyak berjumlah 38 kerusi menyerlahkan Lim Kit Siang setiakawan Pakatan Rakyat.
Ekoran itu, pendirian terbaru Pas di Selangor sekaligus menyerlah Mustafa seperti Kit Siang yang dianggap setiakawan dalam Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment