Tak cukup diremam tanpa bicara di penjara tentera seharian, pengundi pos berdaftar di Kawasan Parlimen Bagan diberi notis 24 jam tukar kem serta merta petang tadi.
Mangsa, Major Zaidi yang merupakan juruterbang tempur di Kem TUDM Buttterworth menerima tekanan demikian gara-gara membuat aduan polis mengenai dakwat SPR tak kekal semalam.
Aduan mangsa turut disiar langsung di semua media arus perdana semalam, termasuk Buletin TV3.
Satu kenyataan akhbar akan dibuat di Dataran Merdeka dekat George Town malam ini, kata peguam mangsa.
Peguam kemudiannya berkata, anak guamannya itu akan buat sidang media sekarang di kediamannya, Taman Bertam dekat Parlimen Kepala Batas.
"Wartawan dah penuh di rumahnya dekat Taman Bertam. Mangsa tengah kemas barang (untuk) pindah malam ini juga...jika tidak, perintah tentera akan sumbat balik mangsa ke lokap malam ini juga," ujar sumber menerusi telefon.
No comments:
Post a Comment