05 May 2013

Che'GuBard tewas Sg.Acheh dek 'undi dingin' Yusni?

Keputusan tidak rasmi SPR di Dun Sungai Acheh menyaksikan che'GuBard tewas tipis di tangan penyandang, Datuk Mahmud Zakaria (Umno).

che'GuBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin mendapat 6098 undi menghampiri Mahmud yang mendapat 6709 undi.

Beza undi 611 undi sahaja.

Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Yusni Mat Piah yang degil hingga menyaksikan pertandingan tiga penjuru di Dun itu mendapat 682 undi.

Adakah 682 'undi dingin' daripada penyokong Yusni?

170 undi diumum sebagai undi rosak.

che'GuBard dalam reaksi spontan berkata beliau minta maaf kerana gagal merampas Dun itu.

Malah, kata pendiri Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu lagi, Pas sendiri tidak wajar dipersalahkan kerana setiakawan bersama Pakatan Rakyat.

"Sorry gagal deliver Sg.Acheh for PR.. I'm tried my best already," ujar beliau dikesan di WhatsApp pada detik 10.59 malam ini.

Ekoran itu, penyokong che'GuBard tidak menolak kemungkinan bahawa kekalahan itu berpunca oleh "bukan salah pas, tapi, segelintir yang jadi ajen umno."

Terdahulu, penyokong Yusni dalam Pas didedah melancarkan 'kempen dingin' ke atas pasukan che'GuBard gara-gara mahu ketua pemuda mereka tidak mempunyai tempat di Dun berkenaan.

Punca Mohd.Noor halang Yasir Said bantu che'GuBard di Sg.Acheh...

Kempen anti che'GuBard di Sg.Acheh babit muslimat, pemuda Pas?

Mustafa janji Sg.Acheh 'satu lawan satu' :che'GuBard.

[video] che'GuBard sebak pro Yusni tak lawan Umno, tapi...

che'GuBard pelawa Yusni, calon Umno debat terbuka.

che'GuBard terima watikah batal hasrat Yusni rebut Sg.Acheh.

che'GuBard ikrar gerak rakyat pertahan P.Pinang, menangkan Putrajaya.

Pro Yusni, che'GuBard dingin sampai boikot demo pertahan Guan Eng?

Pro Yusni kepong che'GuBard, halang serah borang calon Sg.Acheh.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus