23 April 2013

Sayang DAP punca Tong Him tarik diri di Kota Laksamana

Kesetiaan pada perjuangan DAP punca Sim Tong Him yang bertanding atas tiket Bebas di Dun Kota Laksamana menarik diri.

Langkah itu, katanya, dilakukan demi melorongkan kemenangan kepada calon pilihan parti masa depan itu, Lai Keun Ban.

Beliau bagaimanapun berkata beliau akan terus bertanding di Parlimen Kota Melaka atas tiket DAP.

"Saya mohon maaf kepada semua penyokong DAP di negeri ini atas apa yang berlaku," kata beliau di Melaka, semalam.

Mengenai berita pemecatannya dari DAP, beliau berkata, beliau sehingga kini masih belum menerima surat rasmi mengenai status itu.

Terdahulu, Pengerusi DAP Karpal Singh memberi masa 24 jam kepada semua ahli yang bertanding kembali pangkuan parti demi mengelak risiko dipecat.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus