Pemimpin berpengaruh dalam jaringan Melayu PEKiDA yang dikenali sebagai Ayahanda Hj. Ton diturunkan malam ini demi membantu kempen politik penyandang Dun Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim.
Penganjur memberitahu, Ayahanda itu menawar diri turun berkempen malam ini sebagai reaksi balas pada perhimpunan anti Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kendalian sekumpulan ahli PEKIDA di parkir pasar raya Queenbay, Bayan Lepas baru-baru ini.
Difahamkan, himpunan anti Pakatan Rakyat itu dikenali sebagai 1Brothers.
Ayahanda Hj. Ton mengajak rakyat supaya mengamalkan politik menguntungkan rakyat dengan menyokong Pakatan Rakyat sempena PRU13.
Malah, katanya, Melayu seharusnya tidak menjadikan perbezaan politik kepartian sebagai punca perpecahan.
"Orang Melayu jangan jadi hamba politik wang. Biar berbeza politik, jangan pecah belah sebab wang.
"Kita bukan lawan Umno, Pakatan Rakyat pun jangan lawan sebab Melayu. Yang kena lawan (adalah) rasuah dan tindas tipu Melayu," ujar Hj. Ton di Padang Bola Permatang Damar Laut.
Pengerusi badan bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pertama Pulau Pinang (Hapus), Zolkifly Md Lazim dan Khairul Ishak (Bantah Anugerah keRakyatan Asing, Bantah) turut berkongsi pentas ceramah sama malam ini.
No comments:
Post a Comment