30 April 2013

Najib paling takut apabila rakyat Johor pun faham 'Ubah' maksudnya UNDI PAKATAN, RAKYAT UNTUNG!!!

'DAP Melayu' Khairul Ishak payung DSAI semalam.
"Slogan Ubah yang dilaungkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat belum tentu bawa kebaikan untuk rakyat."

Itu yang Najib Razak terus minta rakyat percaya termasuk di Johor Bharu semalam.

Kata Presiden Umno itu, slogan Ubah itu tiru slogan change yang dilaung di Barat sampai menempias Arab Spring di Timur Tengah.

"Jangan main dengan istilah dan perkataan, banyak kali ahli politik guna change, pembangkang di Malaysia pakai Ubah. Istilah change boleh bawa sama ada kebaikan atau keburukan," dalih Najib.

Dakyah ini bukan disampaikan di kubu kuat Pakatan Rakyat seperti di Kelantan, Selangor atau Pulau Pinang.

Najib nasihat orang Johor. Najib nasihat di kubu kuat Umno, negeri kelahiran United Nepal Myanman Organization.

Tak pernah dalam sejarah Umno terima nasihat sampai begitu serius.

Dalam siri-siri pilihan raya umum lepas, Umno datang nasihat Kelantan supaya tinggalkan PAS kerana Tok Guru Nik Aziz didakwa tidak pandai perintah Kelantan.

Umno kata, "Kelantan negeri miskin."

Orang PAS pula balas, "rakyat Kelantan kaya. Kalau kami (rakyat) Kelantan miskin pun, Tok Guru pun miskin macam kami. Nak kisah apa..."

Makin kuat ditekan, rupa-rupanya makin kuat tapak sokongan rakyat terhadap PAS di negeri serambi Makkah itu.

Pilihan raya umum kali ini bukan tidak ada tekanan Umno di Kelantan, tapi Najib Razak sendiri nampaknya di bawah tekanan sampai terpaksa menasihat akar umbi parti supaya jangan sokongan pemimpin PAS macam Salahuddin Ayub di Johor.

Najib minta Johor terus menyokong Umno BN.

Ke mana pun saya pergi berceramah sepenjang musim PRU13 ini, saya selalu sebut:
"perubahan satu kemestian. Tsunami Politik 8 Mac 2008 bukti perubahan itu satu kemestian. Najib bagi BR1M RM500 sebab rakyat buat perubahan semasa PRU13.
Lim Guan Eng bagi RM100 kepada warga emas, ibu tunggal, OKU, pelajar emas di Pulau Pinang umpamanya pun sebab rakyat buat perubahan.
Najib dan Guan Eng masing-masing berlumba-lumba memberi sumbangan tunai kepada rakyat sebab rakyat buat perubahan.
Gambarannya di sini, RAKYAT UNTUNG APABILA PERUBAHAN BERLAKU. MAKIN KUAT PEMBANGKANG, MAKIN UNTUNG RAKYAT.
TAK ADA PERUBAHAN LIMA TAHUN LEPAS, RAKYAT TAK UNTUNG LIMA TAHUN SEPERTI SEKARANG.
UNDI PAKATAN BUKTI RAKYAT UNTUNG. (PAKATAN) MENANG PUTERAJAYA, RAKYAT PASTI UNTUNG."  
Mana-mana tempat pun saya pergi, saya bahawa masej semudah ini supaya orang Pakatan dan orang Barisan boleh fikir dan mengamalkan politik untung rakyat.

Malam tadi, orang tempatan Batu Maung yang hadir bersama saya melaung, "Undi Pakatan, Rakyat Untung!"

Boleh kita slogankan masej semudah ini untuk melonjak sokongan rakyat?

Kita ada 6 hari lagi saja, bukan 60 hari. 5 Mei Hari Buang Undi.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus