29 April 2013

Musa Hassan penasihat 'projek alih kuasa aman Putrajaya' daripada Najib Razak

MUSA Hassan (dua dari kiri) bersama Md. Hashim Hussein (dua dari kanan).

Tan Sri Musa Hassan bersetuju untuk membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim memastikan proses peralihan kuasa secara aman dilakukan semasa Umno BN di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak tewas PRU13.

Pengumuman bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu diumumkan dalam satu sidang media bersama-sama Pengerusi Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat (MPKPR), Jeneral (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein  hari ini.

Musa berkata beliau bersetuju untuk menjadi penasihat bagi majlis itu bukan atas kepentingan politik, tetapi demi menyelamatkan masa depan negara.

"InsyaAllah saya kan bantu tapi sekali lagi nak saya sebut bahawa saya tidak terlibat politik. Siapa nak nasihat saya, saya akan bagi untuk kebaikan negara dan rakyat.

"Saya akan berikan nasihat terbaik untuk menentukan tidak ada sesuatu masalah keselamatan akan berlaku daripada kedua-dua belah pihak," katanya.

Ditanya skop nasihat yang akan diberikan, beliau berkata ianya lebih kepada bagaimana untuk berkerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa.

Beliau yang juga Patron, Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch) berkata, beliau sangat prihatin terhadap isu keselamatan negara dan melahirkan harapan agar proses kuasa berlaku secara aman.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa dengan beberapa insiden keganasan yang berlaku sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 kali ini.

Ianya termasuk isu letupan dalam satu ceramah di Nibong Tebal serata beberapa siri perbuatan khianat ke atas markas pilihan raya kedua-dua belah pihak.

"Saya prihatin isu ini kerana kita nak pilih sebuah kerajaan dan pemimpin bukan nak bergaduh. Saya berharap penyokong tidak akan mengganggu gugat mana-mana parti yang mahu berkempen.

"Saya juga ingin menasihatkan polis agar adil dalam siasatan terhadap kedua-dua pihak, jangan ambil bahagian dalam mana-mana politikal parti," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menasihatkan agar parti-parti yang bertanding memaklumkan kepada pihak polis untuk sebarang ceramah yang diadakan.

"Dengan ancaman letupan ini saya rasa polis perlu lebih memantau. Mungkin selepas dimaklumkan akan dibuat ceramah, polis akan menghantar anggota lebih awal untuk memastikan kawasan itu selamat untuk digunakan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus