04 April 2013

Melayu kuda tunggangan DAP, tapi dua Umno untung RM5j sebab tipu tanah 31 Melayu

Hari-hari Umno paksa Melayu percaya bahawa Pas dan PKR akan jadi kuda tunggangan DAP jika Umno tewas di Putrajaya kelak.

Tetapi, 9.362 ekar tanah Kampung Terang dekat Balik Pulau milik Melayu terang-terangan ditipu jual oleh dua pemimpin utama Umno di Pulau Pinang tahun lepas.

Saya pernah dedah dokumen berwajib, bagaimana dua pemimpin Umno terbabit boleh kaut untung RM5 juta dalam masa tidak sampai empat bulan dengan tipu Melayu.

Sampai sekarang Datuk Musa Sheikh Fadzir (Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang) dan Datuk Umar Faudzar (Ketua Umno Bahagian Gelugor) terus berdalih selepas terdedahnya entri  'Umno P.Pinang dinasihat jelaskan tarikh sebenar tanah Melayu Kg.Terang selesai dijual'.

Akar umbi Umno bolehkah percaya orang semacam Musa dan Omar Faudzar kononnya nak jaga Melayu di Pulau Pinang ini?

Umno tak pernah jadi kuda tunggangan siapa pun, tetapi, tanah 31 Melayu sudah kena 'tunggang' oleh dua pemimpin parti kotor itu?

DAP di bawah Lim Guan Eng (bekas Ketua Menteri Pulau Pinang) hari-hari difitnah cuba tunggang Melayu dari PKR dan Pas, tetapi Cina ini hari-hari protes kaedah dua pemimpin Umno itu tipu Melayu.

Umno tak perlu dilihat sebagai kuda tunggangan sesiapapun, dua pemimpinnya sudah nyata tipu Melayu Pulau Pinang.

Umno berjaya tipu Melayu. DAP berjaya buktikan pemimpinnya lebih jujur bela Melayu di Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus