Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang didakwa cuba 'mengharamkan' penyertaan DAP dalam pilihan raya umum kali ini diberi masa hingga 3.00 petang ini untuk menarik balik notis terhadap parti masa depan itu.
Setiausah Agung DAP berkata, 53 calon Parlimen serta 103 calon Dun seluruh negara akan diarah bertanding atas tiket parti komponan Pakatan Rakyat lain jika ROS masih mahu meneruskan hasrat tidak demokratik berkenaan.
"(DAP akan) bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung (Malaysia) dan logo PKR di Sabah dan Sarawak,” katanya selepas mengendali mesyuarat tergempar parti di Kuala Lumpur malam tadi.
Hadir bersama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta pengerusinya, Karpal Singh.
Pemangku ketua menteri Pulau Pinang itu turut menegaskan bahawa DAP tidak berharap dalih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ROS yang membenarkan logo parti digunakan bagi calon yang bertanding.
Baginya, langkah ROS menghantar notis terbabit 48 jam sebelum hari penamaan calon yang dijdual Sabtu ini adalah bermotifkan politik serta bertujuan membunuh prospek kemenangan DAP.
“BN telah menggunakan taktik yang kotor dan memalukan untuk menghalang DAP bertanding dengan menggunakan simbol roket.
"Usaha terdesak BN untuk menang secara tidak terhormat ini menjadikan keseluruhan proses pilihanraya seakan satu jenaka,” ujar beliau.
Semalam, ROS mengutus surat notis menangguhkan siasatan terhadap DAP sehingga 9 Mei depan.
Namun, enam jam kemudiannya jabatan di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu menghantar satu lagi notis aneh yang menyatakan bahawa Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP adalah tidak diiktiraf.
Ekoran itu, Guan Eng berkata, amarah rakyat khususnya penyokong DAP sewajibnya diterjemah pada Hari Buang Undi yang dijadual 5 Mei depan dengan menyokong Pakatan Rakyat, bukan Umno Barisan Nasional.
“DAP memohon semua pemimpin parti, ahli dan penyokong supaya bertenang dan membiarkan kemarahan terhadap taktik yang begitu memalukan itu diperlihatkan secara jelas melalui peti undi pada 5 Mei 2013,” tegas beliau.
“DAP memohon semua pemimpin parti, ahli dan penyokong supaya bertenang dan membiarkan kemarahan terhadap taktik yang begitu memalukan itu diperlihatkan secara jelas melalui peti undi pada 5 Mei 2013,” tegas beliau.
No comments:
Post a Comment