29 April 2013

Lagi akhbar antarabangsa ramal Najib tanpa sokongan Cina tewas PRU13



STANLEY Thai, 53, berkata beliau antara beribu-ribu ahli perniagaan Cina pro perdana menteri Datuk Seri Naib Tun Razak buat julung-julung kalinya akan mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU13, lapor Bloomberg Businessweek.

"Mengapa oarang Cina menolak Kerajaan (Pusat)...itu mudah sahaja," kata pemilik kilang pengeluar sarung tangan getah perubatan Supermax Corp. (SUCB) dalam satu wawancara baru-baru ini dengan portal berita antarabangsa tersebut.

Ahli perniagaan itu berkata, sokongan kepada pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu adalah demi masa depan anak-anak Malaysia.

"Kita tidak mahu anak-anak kita mengalami apa yang kita deritai (iaitu) keciciran dalam pendidikan, peluang-peluang kerjaya (serta) peluang-peluang perniagaan," kata beliau.

Cina adalah satu perempat daripada komposisi rakyat Malaysia yang dikatakan kian toleransi dengan dasar tranformasi afimatif yang dipopular semula dalam pentadbiran Najib.

Tidak mendapat sokongan Cina membolehkan Umno Barisan Nasional sekali lagi tewas secara besar-besaran sebagaimana dalam pilihan raya bersejarah pada tahun 1969.

Huru-hara yang berlaku selepas pilihan raya itu - dikenali sebagai Tragedi Hitam 13 Mei - dikatakan berjaya memujuk kembali sokongan terbanyak Cina di negara ini kembali kepada parti pemerintah Barisan Nasional (dulu dikenali sebagai Perikatan).

Najib yang mengambil alih pentadbiran negara pada tahun 2009 adalah hasil sokongan berterusan Cina dengan anggapan kuasa politik melayu sebagai 'deposit keamanan' dalam tanah air.

Pun begitu, pengalaman perubahan besar-besar dalam PRU lepas hingga disebut-sebut sebagai Tsunami Politik sedikit banyaknya mempengaruhi Stanley untuk 'Ubah'.

"Semua orang berkata: Wah.. Ini Kali lah... " kata Stanley.

LAYARI Malaysian Chinese May Drop Najib as Fear of Riot Repeat Ebbs

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus