29 April 2013

JASA, Umno buntu Melayu Zairil calon DAP Bkt.Bendera

Masuk hari ke-9 berkempen di Parlimen Bukit Bendera menyaksikan Umno Barisan Nasional masih menyemarak icon of hatred.

Pegawai JASA yang berkempen untuk Barisan Nasional membawa klip video mengenai tragedi penganiayaan orang Islam Albania di Bosnia Herzegovenia untuk menakut-nakutkan pengundi, khususnya Melayu.

Cerita neratif lengkap dengan filem Tanda Putera yang mengisahkan pembohongan Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 turut diwayang dalam kampung-kampung komuniti Melayu.

Dalam Parlimen Bukit Bendera, kampung-kampung Melayu yang berjaya ditembusi antaranya Kg. Mutiara, Kg.Chetti serta Kg. Hong Leong.

Jalan Batu Gajah yang juga desa pemukiman Cina turut menerima kempen kotor Umno Barisan Nasional.

Rata-ratanya pengundi Melayu di kedua-dua kampung itu serta di Jalan Batu Gajah adalah adalah kaum peniaga kecil-kecilan.

Salam siri ceramah kelompok kendalian pembangkang, Kerajaan DAP Pulau Pinang digambarkan menindas Melayu.

Rata-raya Melayu di situ memang benci DAP sebab DAP parti Cina.

Pegawai JASA dan pemimpin Umno kata Cina DAP tindas Melayu sejak tahun Mac tahun 2008.

Dalam ceramah kelompok di Jalan Batu Gajah tanya Pegawai JASA, " Teh Leong Meng (calon BN bagi Parlimen Bukit Bendera) itu Cina. Zairil Khir Johari itu 'DAP Melayu'.

"Kenapa Umno tak ajak Melayu sokong DAP," tanya warga emas Cina itu.

Pegawai JASA dan pemimpin Umno yang hadir saling terlopong sesama sendiri.

Marzuki Md Lazim, orang tempatan yang membantu Zairil berkata, "hari pun berubah. Malam pun berubah jadi siang. Kalau alam dan siang-malam pun boleh berubah, bila Melayu nak berubah.

"Patut politik kotor Umno sendiri boleh pujuk akar umbi parti itu sendiri untuk menerima hakikat Zairil Si DAP Melayu itu bukan Cina," seloroh Marzuki.

Melihat politik kotor pegawai JASA dan propagandis Umno sekarang, nampak gayanya bak senjata macam makan tuan.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus