30 April 2013

Buletin TV3 malam ini enggan siar tipu undi pos babit tentera dicalit dakwat tak kekal


Lagi berita yang tidak akan disiarkan oleh TV3 malam ini mengenai dakwat kekal yang digunakan oleh pengundi pos hari ini boleh padam serta merta, sekaligus sistem pilihan raya kali ini terdedah pada unsur penyelewengan.

Blogger Milo Suam baru mendedahkan mengenai gambar dakwat kekal pada jari tentera boleh dipadam serta merta.

Berikut adalah komen blogger mesra Pakatan Rakyat tersebut.
PROSES pengundian awal hari ini menjadi haru biru apabila dakwat kekal yang dicalit di tangan pengundi rupanya boleh dipadam dengan mudah menggunakan air sabun.

Lihat gambar bagaimana salah seorang tentera yang baru sahaja membuang undi menunjukkan dakwat yang dicalit di jarinya dengan mudah boleh dihapus begitu sahaja.

Laporan polis dibuat di seluruh negara diketuai pimpinan Pakatan Rakyat berhubung isu dakwat kekal ini.

Pengerusi SPR dan timbalan sila letak jawatan dan masuk rancangan Maharaja Lawak Mega!
Tipu Pilihan Raya, Turun Jalan Raya



No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus