30 April 2013

Asing kuasai negara selepas Anwar PM hanya hasutan Muhyidin -Dr.Afif

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kuasa asing akan menguasai Negara jika Pakatan Rakyat memang PRU13, lapor Buletin TV3 malam ini.

"Jangan masuk kubu pembangkang kerana di sebalik pembangkang (Pakatan Rakyat) ini memang ada kuasa asing yang bersedia masuk ke Malaysia kalau Datuk Seri Anwar menjadi perdana menteri.

"Mereka (kuasa asing) akan mencampuri dasar mereka (pembangkang) dan program mereka, ini bahaya dan sebab itu Allah nak tunjuk dan parti pembangkang kini (pun) kian rapuh," kata Timbalan Presiden Umno di Batu Pahat, Johor hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak pula mengulas mengenai kontroversi Datuk Seri Najib Tun Razak (pemangku perdana menteri merangkap presiden Umno) menyerahkan sebidang tanah negara milik KTM di Tanjong Pagar kepada Singapura berapa tahun lepas tanpa perkenan Sultan Johor, diluluskan dalam Dun Johor serta Parlimen dan dibentang dalam mesyuarat kabinet pusat.

Itu, tidak termasuk penyerahan telaga minyak Blok L dan Blok M yang diserah oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi (bekas perdana menteri merangkap bekas presiden Umno) kepada Brunei Darussalam secara 'haram'.

Ekoran itu, Naib Ketua AMK Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin yang bertanding di Dun Seberang Jaya menempelak kenyataan berunsur hasutan Muhyiddin itu.

"Semasa Najib dan Pak Lah (Abdullah) gadai kedaulatan negara kepada Singapura dan Brunei, Muhyidin berada dalam kabinet tetapi tidak sanggah dua (pemimpin) Umno itu sebab kroni.

"Sebab itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar masuk penjara, diaib (serta) kepalai Pakatan Rakyat tentang semua anasir khianat negara ini.

"Penat-penat lawan pengkhianat negara (Umno BN) yang serah maruah negara pada negara asing, takkan Datuk Seri Anwar Ibrahim nak serah negara pada kuasa asing selepas jadi perdana menteri," ujar Dr. Afif semasa dihubungi.

Justeru, Dr. Afif menyeru rakyat gandakan iltizam untuk tumbangkan Umno BN serta jangan layan kenyataan berunsur hasutan Muhyidin itu.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus