Enam bekas wakil rakyat BN sahaja yang dilaporkan berikrar untuk tidak sabotaj parti selepas tidak lagi dipilih sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
"Semangat saya masih membara untuk bersama dalam pejuangan parti dan tujuan sekarang hanya untuk memastikan BN menang besar," dalih Datuk Mohamad Satim Diman yang pernah menyandang DUN Seri Serdang, Selangor atas tiket Umno.
Pengakuan Ketua Umno Bahagian Puchong itu dilakukan selepas satu dokumen berwajib mendedahkan permohonan kebenaran pindah milik tanah bernombor lot HSD 247 141 dan HSD 247 kepada syarikat bukan Bumiputera dilakukan oleh Umno Bahagian Puchong di bawah Satim sendiri.
"Bak kata Tun Dr Mahathir Mohamad, perjuangan masih belum selesai dan saya berhasrat untuk terus berjuang bersama parti selagi termampu," dalih Datuk Mohamad Aziz.
Difahamkan, Mohamad Aziz tidak dicalon lagi di Parlimen Sri Gading, Johor kerana veteran Umno itu pernah menasihat Datuk Serik Najib Tun Razak secara terbuka di Dewan Rakyat supaya menangguhkan pelaksanaan Kamera Saman Automatik 1Malaysia (AES) Oktober tahun lepas.
"Semangat untuk meneruskan perjuangan tetap berkobar-kobar, malah tidak lemah ada perkataan sabotajv dalam kamus (politik) saya," dalih Datuk Azmi Khalid yang tidak lagi dicalon di kerusi Parlimen Padang Besar.
Azmi, pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) Parlimen mula dipertikai ekoran komitmennya mendedahkan beberapa skandal salah guna kuasa membabitkan ahli politik Umno BN kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk skandal PKFZ dan Fidlot Lembu NFC.
Tiga nama lain yang beralih untuk ikrar setia dengan Umno sungguhpun tidak dicalon lagi adalah Datuk Raja Zainuddin Omar (penyandang Dun Kubu Gajah, Perak), Datuk Rosol Wahid (penyandang Dun Ajil, Terengganu) dan Datuk Abdullah Mohd. Zain (penyandang Ahli Parlimen Besut, Terengganu).
Nama-nama lain yang tidak dicalon lagi sempena pilihan raya umum kali ini masih belum dilaporkan ikrar setia.
Najib sebelum ini mengumumkan bahawa mereka yang tidak dicalon lagi supaya tidak sabotaj calon Umno BN sebagaimana dalam pilihan raya lepas.
Beliau berdalih, kalau mereka nak merajuk sekalipun, 24 jam sahaja.
No comments:
Post a Comment