Skip to main content

58 tanding bebas dipecat, larang sabotaj Umno

58 pemimpin Umno sah dipecat gara-gara tidak tunduk pada keputusan Najib Tun Razak yang melarang mereka daripada bertanding atas tiket Bebas.

Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding di Parlimen Kuala Kangsar demi membawa agenda wanita parti pun turut berada dalam senarai yang dipecat.

Melalui Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin Umno, semua mereka dipecat semalam.

Ekoran itu, semua akar umbi Umno sekali lagi diberi amaran supaya bersatu padu, bulan sabotaj calon parti yang sedia ada.

"Saya juga menyeru kepada semua ahli Umno di seluruh negara supaya bersatu padu dan menyokong siapa sahaja yang telah diletakkan sebagai calon oleh pucuk pimpinan parti.

"Jauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan boleh melemahkan parti dan Lembaga Disiplin tidak akan berkompromi serta akan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa sahaja yang mengkhianati parti," dalih pengerusinya Tan Seri Ahmad Rithaudden Tengku Ismail di Shah Alam.

Berikut senarai 58 pemimpin Umno yang dipecat Najib Razak:
1.  Datuk Kamilia Ibrahim
2.  Datuk Seri Mohd. Shariff Omar
3.  Datuk Suhaimi Mohd. Ghazali
4.  Hanapiah Mohamad
5.  Ghazali Salamon
6.  Sukeri Abd. Samat
7.  Mokhtar Salehudin
8.  Yaacob Man
9.  Mohd Yusof Lazim
10.Abdul Aziz Mohamed
11.Rusli Baba
12.Mohd. Wali Alang Ahamad
13.Dr. Abdullah Zawawi Shamsuddin
14.Zulkifli Abdullah
15.Mohd.Nizam Ibrahim
16.Mohd. Khalid Kassim
17.Fadzil Hanafi
18.Sobri Ahmad
19.Zainudin Yom
20.Shamsut Tabrej GM Ismail Maricar
21.Mohd. Noor Sirajajudeen
22.Masrun Tamsir
23.Shaari Ludin
24.Ameir Hassan
25.Rosli Omar
26.Abdul Latif Masud
27.Halidi Wahab
28.Zulkifli Ibrahim
29.Lamsil Hamidsor
30.SaharSaka
31.Mohd. Manuke
32.Ali Akbar Kawi
33.Rapahi Edris
34.Abdul Rahman Atang
35.Aliandu Enjil
36.Ghazalie Pg Hindi @ Abdul Ghani
37.Hussein Mumakil
38.Julkalani Abd. Rahman
39.Mamat Balhana
40.Ab. Karim Talib
41.Abdul Manang Hatib Lawari @ Os
42.Atal Muhammad K.K. Abd. Menang
43.Rita Rudianshah Abu Bakar
44.Muhamad Yusup Leweh
45.Ariffin Harith
46.Ak Aliuddin Pg Mohd. Tahir
47.Saudi Suhaili
48.Mat Jaili Samat
49.Nusleh Madarak
50.Fatimah Agitor @ Mohd. Daud
51.Datu Kamaruddin Mustapha
52.Mohd. Arshad Abdul
53.Hussein Ibnu Hassan
54.Sharif Shamsuddin Sharif Sagaf
55.Datu BadruddinTun Datu Mustapha
56.Yazid Sahjinan
57.Ahmad Awang @ Madon
58.Yahya Zainal