09 April 2013

10 siswi, 110 pelajar jayakan kempen Hijau Penaga

AYUFARHANA Arifin (empat dari kiri) bersama-sama sukarelawan siswi USM bertindak sebagai fasilitator program memulihara alam di Penaga baru-baru ini.

LEBiH 10 mahasiswi Universiti Sains Malaysia (USM) serta 110 pelajar sekolah rendah sekitar kawasan DUN Penaga menyertai program kempen memulihara alam sekitar kendalian Penang Gree Council (PGC) baru-baru ini.

Program itu dirasmikan sendiri oleh pemangku Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman.

SURAYAHANI Mohd. Yusof (kiri) dan Ayufarhana Arifin.
Surayahani Mohd. Yusof, 27, calon sarjana perancangan bandar di USM semasa ditemui melahirkan rasa syukur kerana dipilih menjadi fasilitator program tersebut.

"Mula-mula sekadar mengisi masa lapang saja. Lama-kelamaan, program sukarelawan macam ini timbul kesedaran pula, ujar Surayahani di Dewan JKKK Penaga, di sini.

Nada yang sama turut diluahkan oleh Ayufarhana Arifin, 25, calon sarjana perancangan bandar, sama seperti Surayahani.

"Latar belakang saya ini menyebabkan saya minat dengan alam sekitar. Sebelum ini pun, saya sudah menyertai program-program sebegina seperti sifar sampah, sejam tanpa tenaga elektrik dan sebagainya di USM," ujar beliau.

Sebelum pada itu, Mansor berkata, insiatif PGC dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) setempat mengadakan program kesedaran membabitkan pelajar sekolah rendah cukup bermakna bagi Kerajaan Negeri.

Ini kerana katanya, kempen 'Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat' yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri sejak beberapa tahun lepas mampu meniup kesedaran kepada waris-waris pelajar berkenaan.

MANSOR Othman ditemani Rosidi Hussein (berkopiah) ramah.
"Program ini khususnya untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar dari sekolah rendah. Mereka ini dipilih oleh JKKK.

"Penyertaanya bagus sebab PGC sasar 100 orang sahaja, tetapi, yang datang lebih.

"Saya lihat, ada waris turut serta dalam beberapa aktviti pagi ini kerana meneman anak mereka," ujar beliau semasa merasmikan program itu.

Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Penaga, Rosidi Hussein turut serta dalam program tersebut.

Aktiviti menanam pokok redup serta majlis penerangan mengenai pripenting menjaga alam sekitar antara aktiviti menarik dalam program sehari sepetang itu.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus