TUN Dr Mahathir semasa menjadi perdana menteri pernah mengarahkan DUN Selangor bersidang sebab arwah Datuk Fadhil Mohd. Noor kata, "kita akan lelong Putrajaya kembalikan duit yang Dr Mahathir bazirkan ini."
Dr Mahathir tak mau Selangor tumbang dalam PRU1999 disebabkan isu Anwar Ibrahim dipecat dari PM.
Jalan yang ada, sebidang tanah bernama Putrajaya mesti digazetkan sebagai satu lagi Wilayah Persekutuan.
Oleh kerana, Kerajaan Negeri berkuasa dalam hal tanah, tidak dapat tidak, tanah Putrajaya itu terpaksa digazet di Sidang DUN serta telahpun diperkenan oleh Sultan Selangor.
Itu cerita hak Persekutuan dan hak Negeri menurut Perlembagaan
Senarai Persekutuan antanya berkuasa dalam hubungan luar negara dan keselamatan dalam negeri.
Sebab itu, isu-isu mengenai dua hak ini selalunya dirujuk ke Parlimen, khususnya di Dewan Rakyat sebelum sebuah Kerajaan Pusat mengambil tindakan wajar.
Tetapi, Datuk Seri Najib Tun Razak tak pernah rujuk kepada Dewan Rakyat, tiada satu pun minit menyuarat Kabinet Malaysia serta tanpa perkenan YDP Agong telah menyerah buta-buta sebidah tanah negara milik KTM kepada Singapura.
Umno Pulau Pinang tak payah bersandiwara kononnya pertahan tanah Melayu dari dijual Cina DAP kalau ketua hangpa tuuu (Najib) terang-terang 'jual kedaulatan' negara kepada Singapura.
Presiden Umno itu bukan setakat khianat Melayu, bahkan, semua rakyat berbilang kaum patut rasa dikhianati Najib sebab dia serah tanah negara kepada negara asing secara haram!
No comments:
Post a Comment